suria

Spotify, iTunes tepi sikit... Vinyl belum 'mati' lagi

Piring hitam atau Vinyl kembali mendapat permintaan luar biasa penggemar muzik tempatan.

SIAPA kata piring hitam atau vinyl sudah tidak lagi relevan dalam kalangan penggemar muzik?

Populariti vinyl yang tercetus sejak 70-an nampaknya masih belum 'mati' walaupun hari ini era digital seperti spotify dan iTunes telah mengambil alih, selain banyak kedai menjual rekod sudah gulung tikar.

Buktinya, penjualan piring hitam di Amazon pada 2013 meningkat sebanyak 700 peratus berbanding 260 peratus pada 2009 dan sehingga tahun lalu sebanyak 30 juta salinan vinyl telah terjual di Amerik Syarikat. Cun!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiap kali masuk kedai CD Norzaid seperti tak nampak jalan keluar, patutlah penyanyi pun teruja

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej sosial dalam lukisan ceria, tapi ada makna... 'Life is Wonderful' bukan biasa-biasa!

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 40 tahun jadi jurufoto, Jeffri Iran simpan beribu biodata artis dan selebriti


Walaupun semakin sukar diperolehi namun populariti vinyl kembali popular. 

Teringat kata-kata sutradara terkenal dari Jerman, Win Wenders: "Jangan bazirkan wang anda untuk terapi, lebih baik gunakan untuk beli vinyl." Yeah!

Di Malaysia pun tak ketinggalan... Sekarang di mana-mana semakin banyak festival atau flea market menjual rekod lama daripada zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Jamal Abdillah sehinggalah ke The Beatles, David Bowie, Madonna dan Adele.

Bersempena Hari Rekod Store Sedunia pada April, Disqovr dan Musika menganjurkan festival penjualan vinyl mengumpulkan beberapa pembekal piring hitam seperti Teenage Head Records, LP Freak Store, New Leafz dan Sputnik Records selain vendor Indie menawarkan koleksi rare.

Ana (kiri) dan Natasha antara generasi muda yang menghargai vinyl sebagai medium menikmati muzik. 

Menariknya mengenai acara itu, ia bukan sahaja menarik minat pengumpul vinyl, malah ramai youngsters mula menjadikan vinyl sebagai koleksi mereka.

Vinyl medium terbaik nikmati muzik

Seperti Ana dan Natasha, masing-masing berusia 24 tahun memberitahu walaupun baru berjinak-jinak mengumpul vinyl, namun melihat ia sebagai item dengan nilai nostalgia tinggi selain format analog adalah medium terbaik menikmati muzik.

Menggemari muzik rock evergreen seperti Radiohead, Pink Floyd, The Rolling Stones dan The Beatles, Ana memberitahu dia juga sukakan cabaran dalam mencari piring hitam yang semakin sukar didapati.

Ana dan Natasha sedang mencari album kegemaran mereka.

"Cabaran mendapatkan piring hitam kegemaran memang susah tetapi itulah cabarannya... Tapi pada masa sama ia beri kepuasan besar apabila berjaya membeli vinyl yang di cari dengan harga berpatutan.

"Seperti acara ini, biasanya kalau anda lewat mungkin rekod yang dicari sudah habis dijual kerana biasanya stok memang terhad," katanya.

Bagi Natasha, hobi mengumpul piring hitam bukan sahaja sekadar hobi sebaliknya ia sudah menjadi seperti komuniti mengumpulkan penggemar rekod lama dalam sebuah acara.

Norazman Hashim seorang pengumpul vinyl kini berkongsi koleksinya dengan penggemar muzik.

"Lihat suasana di sini ramai saling mengenali... Semua yang datang bukan sahaja untuk memburu vinyl tetapi ini juga peluang kami bersosial dan bercakap mengenai muzik.

"Saya yakin vinyl akan kembali berjaya walaupun sekarang era digital seperti spotify dan itunes sedang menguasai pasaran," ujarnya.

Daripada pembeli kini bergelar penjual vinyl

Bagi penjual vinyl Norazman Hashim, 52, dia sebenarnya adalah salah seorang music lovers dan penggumpul album sejak zaman mudanya.

Selain rekod, Norazman turut menjual pemain vinyl dan kaset miliknya.

Penglibatannya sebagai penjual rekod separuh masa apabila koleksinya mula menimbun dan merasakan sudah tiba masanya dia menjual sebahagian koleksinya kepada penggumpul piring hitam.

"Tabiat saya apabila membeli sesebuah album saya akan beli dalam tiga format iaitu vinly, kaset dan CD dan setelah mengumpul selama berpuluh tahun koleksi saya memang tidak terbilang.

"Mencari koleksi sudah merata saya pergi, termasuk di laman-laman web seperti ebay, Amazon bagi mendapatkan album kegemaran saya.

Kaset dan CD turut dijual.

"Apabila sudah ada terlalu banyak dan menyedari koleksi saya mempunyai nilai dan permintaan tinggi, saya akan jual salah satu format dan dari situ saya mula terjebak sebagai penjual pula," katanya yang juga seorang pereka hiasan dalaman.

Album fizikal belum 'mati'

Di sebalik kemeriahan populariti dikecapi vinyl, Azif Abdul Halik Kamaruddin, 29, memberitahu ia turut meninggalkan kesan apabila ia semakin sukar dicari selain harganya yang melambung tinggi.

Ini kerana kebiasaannya penjual akan mendapatkan stok mereka di luar negara terutamanya dari Amerika Syarikat dan Jepun, namun harga yang tinggi termasuk pertukaran wang membuatkan ia semakin mahal.

Koleksi vinyl memberi kepuasan kepada penggemarnya.

"Kalau dapat yang rare memang jarang saya jual kerana hendak dapatkannya pun mahal dan harganya mungkin akan berlipat kali ganda pada masa hadapan.

"Sebelum ini saya biasanya dapatkan stok daripada Jepun tetapi dengan kebangkitan vinyl harganya juga melambung membuatkan saya perlu cari alternatif lain.

"Tetapi dari sudut positifnya penjualan album berbentuk fizikal termasuk CD dan kaset belum lagi 'mati' kerana ia mempunyai makna istimewa buat penggemarnya," ujarnya.

Vinyl, piring hitam, The Beatles

Artikel Lain