suria

Pengguna Twitter kini hanya boleh 'follow' 400 akaun sehari berbanding 1,000... ini sebabnya!

Twitter membuat pengumuman itu pada Isnin. -fotoAP

LAMAN mikro blog popular, Twitter mengehadkan penggunanya untuk mengikuti 400 profil sahaja pada setiap hari.

Jumlah itu kurang 60 peratus berbanding tetapan sebelum ini yang membenarkan penggunanya mengikuti 1,000 profil dalam tempoh sama.

Menurut Twitter, polisi baharu itu diperkenalkan untuk mengatasi spam dan akaun janaan palsu di laman sosial berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat kali pertama Twitter dedah jumlah pengguna aktifnya, tertinggal sedikit di belakang Snapchat

Twitter membuat pengumuman itu pada Isnin.

"Jadi kami mengubah jumlah akaun yang boleh anda ikuti dalam sehari dari 1,000 ke 400.

"Jangan risau, anda akan baik-baik sahaja," tulis pengendali akaun rasmi mereka.

Untuk rekod yang dikemas kini pada Julai tahun lalu, Twitter mempunyai 100 juta pengguna aktif harian.

Kemas kini pada Oktober tahun lalu mendedahkan Twitter mempunyai 326 juta pengguna.

Malah, 500 juta tweet dimuat naik ke laman itu setiap hari, lapor Omnicoreagency. - Daily Mail.

Twitter, sekatan, pengikut

Artikel Lain