suria

Sejak sekolah rendah dah mula merokok, 'smoker' tegar berjaya ajak 60,000 tinggalkan rokok

Shariffuddin Bujang atau Pakdin seorang perokok tegar sejak dibangku sekolah rendah namun akhirnya berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.

MULA menghisap rokok sejak berada di bangku sekolah rendah membuatkan Shariffuddin Bujang menjadi seorang perokok tegar.

Tetapi, semakin usianya meningkat, dia sedar perlu meninggalkan tabiat buruk itu kerana ia membahayakan kesihatan termasuk terdedah kepada kanser paru-paru dan serangan jantung.

Pemuda berusia 31 tahun itu bagaimanapun sedar untuk berhenti merokok bukan perkara mudah kerana ia sudah sebati dengan dirinya malah pernah mengeluarkan produk vape namun dia masih merokok seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: iOS 13 dijangka perkenal mod gelap untuk pengguna silau cahaya, iPad pun banyak pembaharuan

ARTIKEL BERKAITAN: Spotify, iTunes tepi sikit... Vinyl belum 'mati' lagi

Menyedari kekurangan pada produk tersebut, Shariffuddin yang lebih mesra dengan panggilan Pakdin memberitahu dia akhirnya tampil dengan produk diberi nama NCIG sejak Januari lalu.

Pakdin mengambil masa setahun mencuba sendiri produk keluarannya sebelum menjual kepada pelanggan.

Namun kata Pakdin, pemasaran produk itu bukan dibuat melulu sebaliknya melalui pelbagai penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain mencuba terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan dijual kepada pelanggan.

"Saya asaskan produk itu dan saya juga pengguna pertama untuk melihat sejauh mana keberkesanannya dalam menghilangkan ketagihan merokok.

"Alhamdulillah selepas setahun menggunakan peranti ini saya berjaya meninggalkan rokok sepenuhnya dan barulah berasa yakin untuk dijual kepada umum," katanya.

Terjual 60,000 unit kurang empat bulan

Namun apa yang tidak dijangkakan, peranti itu mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan di Malaysia yang sehingga kini sudah terjual sebanyak 60,000 unit.

Pelancaran NCIG di Indonesia baru-baru ini.

Kata Pakdin, ia juga membuktikan ramai perokok tegar ingin meninggalkan tabiat buruk itu namun ramai gagal berkemungkinan disebabkan tiada kesungguhan selain produk di pasaran tidak sesuai dengan mereka.

"Kejayaan ini hasil sokongan semua terutamanya dalam kalangan perokok tegar yang bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok.

"Daripada maklum balas yang kami terima rata-rata berpuas hati dengan NCIG yang memang dicipta khas untuk menjamin kepuasan seorang perokok dan membantu mereka berhenti secara total.

"Malah saya pernah bertemu dengan seorang warga emas yang merokok sejak 20 tahun lalu namun kini dia sudah bebas daripada tabiat buruk tersebut," katanya.

Bercakap mengenai produknya itu, Pakdin berkata ia dibangunkan sepenuhnya di tempat kelahirannya, Tampin, Negeri Sembilan manakala pemasangan dibuat di China.

Pakdin bersama para pekerja di kilang yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan.

Sasar 1 juta tinggalkan tabiat merokok

Masih belum berpuas hati dengan perkembangan NCIG, Pakdin berkata, dia mempunyai misi tersendiri iaitu mensasarkan 1 juta perokok tegar beralih daripada rokok biasa kepada peranti elektronik.

Katanya adalah menjadi harapannya untuk membantu masyarakat berhenti merokok selain menjadikan peranti elektronik sebagai trend memandangkan ia lebih selamat dan dapat membantu menghilangkan ketagihan rokok.

"Harapan saya sangatlah besar iaitu ingin melihat lebih 1 juta perokok berubah kepada NCIG dan menjalani gaya hidup sihat sebelum menjelang tahun 2020.

"Kami sangat optimis untuk membantu masyarakat Malaysia dan seluruh dunia untuk berhenti merokok dan mencuba peranti yang sudah membantu ramai masyarakat hari ini,” ujarnya yang bakal membuka cawangan pertama di Desa Sri Hartamas pada penghujung bulan ini.

Pakdin sasar 1 juta orang bertukar kepada rokok peranti elektrik.

Selepas melakar kejayaan di tanah air sendiri, NCIG tidak menunggu lama untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran iaitu Indonesia.

Malah bagi fasa pertama, pihaknya sudah memasarkan 10,000 unit peranti itu dan mendapat respons positif daripada pelanggan.

"Target kami di Indonesia juga menjangkau 1 juta unit starter kit kerana permintaan pasaran yang tinggi terutama bagi mereka yang ingin berhenti merokok.

"Kami sangat berkomitmen tinggi demi membangun produk ini. Kami kini dalam perancangan untuk membangunkan kilang di Bandung," ujarnya.

Shariffuddin Bujang, NCIG

Artikel Lain