PERANG gambar di laman sosial menjadi tradisi moden setiap kali tibanya sambutan hari raya. Saban tahun, masyarakat kita berlumba-lumba memuat naik foto sambutan lebaran terbaik tidak kira di Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Namun, ada juga yang kurang keyakinan diri untuk memuat naik gambar sendiri. Bagi mereka yang menghadapi masalah berkaitan wajah misalnya, anda tidak perlu risau kerana banyak aplikasi percuma yang boleh dimuat turun untuk mengatasi masalah itu. Bukan bermakna anda seorang yang fake, namun ia ternyata dapat membantu anda mendapatkan foto wajah yang lebih flawless sekali gus dapat meningkatkan keyakinan diri. Kali ini, mStar ingin senaraikan kepada anda beberapa aplikasi beauty camera serta aplikasi suntingan yang boleh membantu anda. 1) Cymera Selain fungsi suntingan biasa untuk menambah teks, bingkai dan kolaj, Cymera juga mempunyai ciri 'cover spot' yang sangat bermanfaat untuk anda. Ciri 'cover spot' membolehkan anda menghilangkan kesan jerawat, parut, tahi lalat atau apa-apa cela di wajah dengan mudah. Antara fungsi suntingan kecantikan dalam aplikasi Cymera. Fungsi ringkas ini cukup senang untuk digunakan dan anda tidak perlu membazir wang mendapatkan khidmat profesional dengan perisian rumit seperti Adobe Photoshop. Fungsi lain termasuklah softening untuk menjadikan kulit lebih gebu dan slim untuk menghasilkan ilusi wajah cengkung. 2) B612 Nama aplikasi ini bukanlah sesuatu yang asing lagi, malah jika dilihat pada ciri filter signaturnya, boleh dikatakan golongan selebriti turut menggunakannya. Aplikasi yang cukup ringkas dan mudah untuk anda, malah hasilnya juga cukup 'wow' dan mempesonakan. Paparan dalam aplikasi B612. Selain menyunting gambar sedia ada yang dirakam menggunakan kamera asli telefon anda, ia juga boleh menghasilkan gambar flawless menggunakan kamera built-in yang tersendiri. Lebih mengujakan, ia hadir dengan fungsi music video untuk membolehkan anda menambah bunyi-bunyian serta lagu menerusi video yang dirakam. Menarik bukan? 3) BeautyPlus Satu lagi aplikasi popular yang menjadi senjata rahsia kepada swafoto-swafoto flawless di laman Instagram. Kenapa ia popular? Ini kerana BeautyPlus sangat mudah untuk digunakan. Paparan aplikasi itu juga tidak terlalu rumit dan anda tidak perlu risau untuk membaca manual penggunaan dan sebagainya. Yang penting, halakan kamera pada wajah dan klik sahaja. Yakin pada diri! 4) Line Camera Nama aplikasi ini mungkin kurang popular berbanding B612 atau BeautyPlus, namun fungsi yang ditawarkan cukup mengujakan. Paling penting, gambar yang disunting secara automatik menerusi aplikasi ini langsung tidak kelihatan fake. Foto lebih flawless dengan menggunakan Line Camera. Sangat mudah untuk digunakan, dengan satu klik, semuanya sudah siap. Satu tip untuk menggunakan kamera ini, cuba ambil gambar berhadapan dengan pencahayaan yang cukup. Ia boleh mengubah latar belakang anda menjadi hitam sepenuhnya, lantas hanya wajah anda yang terpapar di dalam gambar. Ia ternyata kelihatan cukup profesional dan kemas, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan anda. 5) Snapseed Aplikasi Snapseed biasanya digunakan untuk suntingan foto-foto konvensional, yang mana ia lebih kurang sama dengan VSCO Cam dan Adobe Lightroom. Namun, dalam ciri tools, ia mempunyai fungsi healing untuk menghilangkan parut-parut wajah. Antara fungsi untuk menghilangkan kesan bintik-bintik di wajah. Selain itu, ciri berkenaan juga boleh membantu anda menghilangkan kesan kedutan dan serta kesan-kesan lain yang boleh mencacatkan gambar. Apa yang penting, kesemua aplikasi di atas boleh dimuat turun secara percuma sahaja. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita lihat siapa yang paling flawless di hari raya nanti.