suria

Petani raih pendapatan 5x ganda di YouTube berbanding jual hasil tanaman

Zach meraih pendapatan lebih tinggi menerusi YouTube berbanding hasil pertaniannya.

SIAPA sangka keputusan seorang petani membuat video blog (vlog) tentang hasil tanamannya di YouTube telah menghasilkan pulangan lumayan!

Zach Johnson, seorang petani yang mengusahakan tanaman jagung dan kacang soya di Minnesota, Amerika Syarikat membuka saluran YouTube menggunakan nama MN Millennial Farmer sejak tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya atau tidak, bintang YouTube cilik ini peroleh pendapatan cecah RM88 juta!

Zach, 34, memberitahu dia membuat video itu untuk berkongsi mengenai tanaman dan teknologi yang digunakan untuk menyuburkan tanaman dan tidak menyangka ia mendapat sambutan luar biasa.

Katanya, hasil daripada itu dia mendapat pendapatan lima kali ganda lebih banyak daripada penjualan hasil tanamannya tahun lalu.

Bekerja sebagai petani juga boleh menjadi kaya. 

Sehingga kini Zach mempunyai 300,000 pengikut di YouTube dan lebih 50 juta video yang dimuat naik telah ditonton.

"Dalam video tersebut saya berkongsi mengenai kehidupan seorang petani, racun perosak, pengairan serta menjaga tanaman," katanya.

Zach memberitahu dia sendiri tidak pernah menyangka tindakannya itu membuahkan hasil lumayan walaupun sudah bertahun-tahun dia terlibat dalam bidang pertanian.

Pun begitu kata Zach, dia langsung tidak terfikir untuk meninggalkan kerjayanya sebagai petani kerana itu adalah minatnya sejak dahulu.

"Saya sukakan tanaman dan semua perkara berkaitan dengannya. Ini adalah kehidupan saya bersama keluarga dan rakan-rakan," ujarnya.

Sementara itu, Zach turut menggunakan populariti yang diperoleh menerusi YouTube untuk mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan produknya sendiri.

Selain itu Zach banyak membuat kemunculan sebagai penceramah kepada petani-petani untuk berkongsi tips tentang kejayaan yang diraihnya. - Star2

Zach Johnson, YouTube, Petani

Artikel Lain