SETIAP kali tiba musim durian ramai daripada kita bagaikan 'hilang arah' apabila mencium baunya apatah lagi sekiranya selonggok durian ada di depan mata! Namun ramai daripada kita tidak tahu cara sebenar untuk mengenal pasti kualiti buah berduri itu dan biasanya kita hanya menggoncang, memeriksa duri dan mencium baunya sebelum membuat pembelian. ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik buat pengumpul setem, kaki wayang! Pos Malaysia lancar edisi terhad adiwira Marvel Pakar durian, Lim Chin Khee berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam memilih Raja Buah yang berkualiti termasuk melihat kepada keadaan luaran durian. Lim (kanan) memberitahu kualiti durian boleh diketahui melalui luarannya. Kongsi Chin Khee durian yang baharu sahaja luruh sebenarnya tidak elok untuk terus dimakan kerana selepas ia luruh, buah itu akan mengalami proses penapaian secara semulajadi yang akan memberi impak kepada rasanya. "Durian akan mula menapai sebaik sahaja ia jatuh dari pokok yang akan menentukan rasa serta menukarnya kepada karbohidrat dan glukosa. "Sebab itu, penjual durian akan mengetuk kulit durian beberapa kali sebagai mempercepatkan proses penapaian," katanya. Bagaimnapun kata Chin Khee, proses penapaian durian juga bergantung kepada bagaimana pengurusan ladang dilakukan. "Penapaian boleh dipengaruhi oleh nutrien yang diperolehi pokok. Jika ia mendapat nutrien seimbang maka durian yang luruh boleh dimakan selepas beberapa jam," ujarnya. Durian yang berkualiti berbentuk bulat dan memanjang. Chin Khee yang mempunyai pengalaman luas tentang durian turut menjadi penasihat kepada petani dan organisasi tertentu, malahan dia tahu segala-galanya tentang buah itu dengan hanya melihat luarannya sahaja. Jadi tidak hairanlah jika beliau dengan mudah dapat menyenaraikan beberapa panduan sebelum memilih durian untuk dijamu bersama keluarga dan rakan-rakan. 1. Durian yang baik berbentuk bulat dan memanjang. 2. Jika bahagian dalam kulitnya berwarna putih, itu adalah tanda ia kekurangan nutrisi dan nutrien tidak seimbang. 3. Warna isi durian juga sangat penting kerana kita boleh mengetahui sama ada ia pahit atau pun manis. Jika ia berwarna keemasan yang cerah ia manis tetapi jika ia keemasan dengan sedikit hijau maka isinya pahit. Selain itu, katanya, dengan hanya melihat luaran durian sebenarnya sudah cukup untuk menilai kualitinya walaupun rasanya adalah penentu. Durian bukan sahaja kegemaran rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia! Ketika menikmati seulas durian, Chin Khee memberitahu terdapat beberapa perasa dan tekstur yang dicarinya. Malah katanya, kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak menitikberatkan soal tersebut dan hanya makan apa dihidangkan di hadapan mereka. "Penggemar durian sepatutnya mencuba pelbagai jenis durian dan belajar mengenainya bagi membolehkan mereka tahu bagaimana untuk memilih durian yang terbaik. "Seulas durian itu mesti manis dengan sedikit rasa pahit selain berkrim, melekit dan mempunyai aroma yang kuat. Sekiranya durian itu mempunyai rasa masam - ia petanda pokoknya tidak sihat dan buah dihasilkan tidak berkualiti," katanya. - Star2