suria

Popular seluruh dunia, tapi 6 negara ini masih sekat WhatsApp!

WhatsApp menjadi satu aplikasi paling rapat dengan kehidupan manusia masa kini. -Gambar hiasan

KETIKA ini aplikasi paling popular untuk khidmat pesanan mesej di negara kita adalah WhatsApp.

Malah di seluruh dunia, WhatsApp dipercayai sudah memiliki 1.5 bilion pengguna.

Rupa-rupanya populariti WhatsApp tidak tersebar sepenuhnya di seluruh dunia kerana di beberapa negara, WhatsApp tidak begitu popular, malah menjadi aplikasi larangan.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa WhatsApp telah dilarang di negara-negara tertentu.

Banyak alasan negara-negara ini menyekat aplikasi WhatsApp dan salah satunya adalah kebimbangan ke atas keselamatan negara.

Berikut enam negara yang membataskan dan melarang penggunaan WhatsApp.

China

China terkenal sebagai negara protektif. Negara ini memang mempertahankan kawalannya terhadap informasi yang diterima oleh penduduknya. Tidak hanya Google, WhatsApp turut disekat oleh kerajaan.

Kerana ciri-ciri WhatsApp, kerajaan China tidak dapat menapis kandungan di dalamnya, jadi sekatan dilakukan terutamanya atas alasan politik.

Bagaimanapun penduduk di sana mempunyai aplikasi alternatif WeChat yang dikembangkan oleh syarikat teknologi tempatan, Tencent. Tidak seperti WhatsApp, WeChat bersedia memberikan kandungan mesej penggunanya jika diminta oleh kerajaan China.

Korea Utara

Korea Utara dikenal sebagai negara tertutup. Saringan maklumat yang diterima oleh penduduk di Korea Utara boleh dikatakan paling ekstrem di dunia. Tidak hairanlah WhatsApp dilarang di sana.

Sekatan WhatsApp mampu mengekang arus masuk dan keluar informasi dari/ke Korea Utara. Tidak dapat dipastikan sama ada sekatan WhatsApp dilakukan oleh pihak berkuasa pemerintah Korea Utara atau penyedia perkhidmatan.

Cuba

Kos menjadi salah satu sebab WhatsApp disekat di Cuba. -foto REUTERS

Negara Cuba mengehadkan penggunaan platform internet dan chat. Kawalan maklumat di Cuba sangat ketat, sehingga bantahan dan protes daripada negara lain di seluruh dunia.

Di Cuba, hanya ahli politik, wartawan dan mahasiswa terpilih yang memenuhi syarat sahaja dapat mengakses internet dan platform media sosial seperti WhatsApp.

Menurut laporan Express, pembatasan internet di sana bukan hanya kerana alasan politik. Kos pembiayaan penggunaan internet yang tinggi juga disebut melebihi gaji rata-rata penduduk di sana.

Iran

Iran juga negara yang mempunyai kawalan maklumat yang ketat. Menurut laporan Reporters Without Borders, Iran digambarkan sebagai 'salah sebuah negara yang paling menindas di dunia bagi wartawan selama 40 tahun terakhir'.

Sekatan WhatsApp dapat dilihat di Iran dalam sejumlah keadaan. Tidak banyak alasan yang diberikan, tetapi kemungkinan besar kerana masalah keamanan dan keselamatan.

Syria

Sekatan internet di Syria sangat ketat. Kawalan ini termasuklah menyekat laman-laman web atas sebab politik dan menahan mereka yang melakukan akses masuk terhadap mereka.

Selain WhatsApp, Syria juga menyekat YouTube dan Facebook.

Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Alasan larangan WhatsApp di Arab Saudi cukup berbeza dengan negara lain. WhatsApp disekat kerana permintaan syarikat telekomunikasi tempatan yang mengalami kerugian selepas munculnya aplikasi milik Facebook itu. -Express

aplikasi, WhatsApp, sekat, larang

Artikel Lain