STIGMA masyarakat lazimnya masih melihat individu yang dikategorikan sebagai ‘golongan istimewa’ sebagai insan tidak berkeupayaan, baik dari segi fizikal dan mental. Namun, bagi yang masih memandang rendah kepada golongan sedemikian, ternyata telahan ini silap. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dihalau kerana disangka jual barang, kini pensyarah kelulusan PhD ini bukti dirinya OKU 'rare' – “Jangan tak tahu saya suka melancong” ARTIKEL BERKAITAN: Dilahirkan cacat, namun kanak-kanak 11 tahun ini tak pernah terfikir nak sembunyikan wajahnya kepada dunia Bukan semua yang dilahirkan dan didiagnosis dengan masalah pembelajaran (learning disabilities) selamanya ‘terperangkap’ di dalam keterbatasan tersebut. Sebaliknya apa yang lebih menakjubkan, golongan ini sebenarnya mempunyai bakat istimewa yang membuatkan khalayak terpegun. Seorang pengunjung menikmati hasil karya golongan istimewa yang bernaung di bawah GOLD. Itu mesej yang cuba disampaikan oleh Pertubuhan Kelainan Upaya Pembelajaran atau dikenali sebagai Generating Opportunities Learning Disables (GOLD). Seiring dengan matlamatnya untuk menggalakkan pemberdayaan ekonomi dan memperkasa golongan ini, GOLD menganjurkan sebuah pameran yang dinamakan ‘Kindness Is Easy’, program yang mempamerkan karya lukisan golongan istimewa ini. Menurut pengasasnya, Juairiah Johari, pameran ini bertindak sebagai platform untuk mengetengahkan bakat golongan ini menerusi karya seni. "Matlamat utama GOLD adalah untuk memperkasa golongan ini dan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus memecahkan halangan dan tidak terbatas dek ketidakupayaan mereka. Antara karya yang dihasilkan oleh 15 pelukis istimewa. “Dengan mempamerkan hasil seni mereka di ruang awam, ia merupakan satu langkah untuk masa depan yang lebih cerah,” kata Juairiah. Sebanyak 30 karya daripada 15 pelukis ‘istimewa’ menghiasi ruang pameran di ZHAN Art Space, Petaling Jaya, yang pasti membuatkan orang ramai terpegun melihat kehalusan dan teknik yang digunakan. Bagi yang ingin menikmati hasil karya di samping memberi sokongan kepada golongan ini, bolehlah berkunjung ke ZHAN Art Space. Pameran akan berlangsung sehingga 6 Oktober ini.