suria

Pengasas Telegram ajak pengguna padam Whatsapp atas faktor keselamatan

Pengasas Telegram, Parel Durov meminta orang ramai untuk memadam WhatsApp melainkan mereka tidak kisah dengan pengawasan aplikasi yang dimiliki Facebook itu.

PENGASAS Telegram, Parel Durov, dalam postingnya di platform itu telah meminta orang ramai untuk memadam WhatsApp melainkan mereka tidak kisah dengan pengawasan aplikasi yang dimiliki Facebook itu.

Facebook sebelum ini telah dicemari dengan isu pengintipan dan kali ini Trojan Horse dikatakan digunakan untuk mengintip 'kandungan bukan WhatsApp' pengguna yang merangkumi gambar-gambar yang disimpan pada telefon pintar mereka, menurut Durov.

ARTIKEL BERKAITAN: Buli siber bukti hak kebebasan bersuara semakin disalah guna!

"Kecuali anda bimbang jika semua gambar dan mesej anda menjadi umum satu hari nanti, anda mesti memadam WhatsApp dari telefon anda," kata Durov dalam saluran Telegramnya yang mempunyai 335,000 pengikut, lapor Forbes, Khamis lalu.

"Facebook telah lama menjadi sebahagian daripada program pengawasan atau pengintipan, sebelum ia mengambil alih WhatsApp. Naif untuk berfikir bahawa syarikat itu akan menukar dasarnya selepas pengambilalihan.

"Apa yang membuatkannya lebih jelas adalah pengakuan pengasas WhatsApp mengenai penjualan WhatsApp kepada Facebook: 'Saya menjual privasi pengguna saya', kata pengasas Telegram ini.

Telegram mempunyai 200 juta pengguna. 

WhatsApp mempunyai pangkalan pengguna global yang besar sebanyak 1.6 bilion pengguna manakala Telegram mempunyai 200 juta pengguna di seluruh dunia.

Telegram, mungkin disebabkan saiznya, tidak tertakluk kepada penggodaman dan pelanggaran keselamatan yang sama seperti WhatsApp.

Jadi, tidak hairanlah Durov menggunakan penemuan tentang WhatsApp baru-baru ini sebagai cara untuk mengkomersialkan perkhidmatannya dalam banyak cara termasuklah saingan ideologi, laporan itu menambah.

Awal minggu ini, WhatsApp telah meminta penggunanya mengemaskini versi terbaharu selepas 'kecacatan' keselamatan kedua ditemui.

WhatsApp mengakui adanya bug di aplikasi pesanan itu pada awal November 2019.

Sifat terkini WhatsApp yang tidak selamat ini memberi peluang kepada penggodam melakukan serangan siber.

Sekiranya seseorang menghantar fail MP4 ke WhatsApp, anda harus membuat pengawasan untuk muat turun kerana penggodam boleh menggunakan kelemahan kritikal dalam aplikasi Facebook untuk melaksanakan serangan pengintipan pada kedua-dua peranti Android dan iOS.

"Kerentanan itu dikelaskan sebagai 'Kritikal' yang menjejaskan blok kod komponen MP4 File Handler di WhatsApp," lapor gbhackers.com

Telegram, Whatsapp

Artikel Lain