suria

Kenapa si dia muncul semula? Cuba rujuk tafsiran tu... agak-agak yang mana satu tepat

Jika bekas kekasih tiba-tiba menghantar mesej kepada anda mungkin dia mempunyai agenda tertentu meskipun mengetahui anda sudah bertemu pengganti. Gambar Sekadar Hiasan

APABILA sesebuah hubungan itu berakhir dengan perpisahan tentunya masing-masing akan membawa haluan sendiri dan tidak lagi berkomunikasi.

Tapi ada segelintir yang kembali mencari bekas kekasih meskipun hanya mengikuti media sosial bagi mengetahui perkembangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Azam nak kurus 2020? Ikut tip wanita ini berjaya hilang 32 kg dalam masa 4 bulan!

Jika itu berlaku terdapat beberap tafsiran mengapa si dia kembali mencari anda.

1. Suka-suka

Jangan cepat perasan si dia mahukan anda kembali kerana dia bertindak follow Instagram anda mungkin kerana bosan dan hanya ingin stalk aktiviti anda di laman sosial.

2. Agenda tersembunyi

Jika bekas kekasih tiba-tiba menghantar mesej selepas sekian lama dia mungkin ada agenda tertentu. Misalnya ingin mengetahui sama ada anda masih single atau sudah mendapat pengganti.

Tapi jika anda bertanyakan hal serupa dan dia tidak menjawab, ini bererti ada perkara yang ingin disembunyikan dan meninggalkan persoalan kepada anda agar perbualan itu akan berlanjutan.

Jika sudah ada kekasih baharu, berhati-hati kerana jika melayan kekasih lama ia mungkin memberi kesan kepada hubungan anda sekarang.

Si dia muncul kembali mungkin kerana ingin menggoda anda.

3. Menggoda untuk kesenangan

Biasanya individu yang suka mengambil kesempatan ini memang mulut manis walaupun kalian sudah tiada hubungan! Berhati-hatilah apabila mereka muncul semula.

Tambah pula jika anda seorang yang mudah termakan pujuk, cuba jual mahal atau block sahaja nombornya jika dia mula bercerita kesusahan dan kesempitan wang. Anda bukan kaunter mendengar masalah atau bank!

4. Rasa bersalah

Jika si dia yang 'membuang' anda daripada hidupnya, mungkin dia cuba mencari anda kerana mula sedar akan kesalahannya. Biasanya mereka akan mengirim mesej pesanan berbaur sweet pada tengah malam - ia untuk menarik perhatian anda!

Sebaiknya, jangan cepat tergoda dengan pujukan seperti itu sebaliknya cuba bersikap profesional agar anda tidak dilukai buat kali kedua!

5. Masih sayang

Walaupun hubungan anda sudah lama berakhir, kemunculan semula bekas kekasih secara tiba-tiba juga berkemungkinan kerana dia masih belum move on dengan anda. Apatah lagi kalau anda yang memutuskan hubungan tersebut.

Jika benar anda sudah tidak menyayanginya sebagai pasangan, adalah lebih baik hadkan perbualan atau mengelak jika si dia ajak berjumpa. Jangan beri harapan palsu kepadanya.

Hubungan, Bekas Kekasih

Artikel Lain