suria

Jangan tak percaya, lawatan ke muzium, galeri seni boleh bantu panjangkan usia anda

Lawatan ke galeri-galeri seni dapat membantu seseorang itu menghilangkan masalah kemurungan.

PERCAYA atau tidak muzium atau galeri seni bukanlah senarai utama lokasi bagi segelintir individu yang gemar melancong.

Namun tahukah anda bahawa minat melawat muzium, galeri seni atau panggung teater dapat membantu anda untuk hidup lebih lama.

Ia disokong oleh satu kajian yang dilakukan oleh Universiti College London.

ATIKEL BERKAITAN: Awas ! Terlebih tidur boleh sebabkan strok

Kajian tersebut menunjukkan seramai 6,710 orang dewasa berusia 50 tahun yang kerap melakukan aktiviti seni termasuk berkunjung ke konsert teater, menonton opera, galeri seni dan pameran.

Penemuan terbaharu itu diterbitkan The British Medical Journal (The BMJ), mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi, peserta yang terlibat dalam kegiatan seni hanya sekali atau dua kali dalam setahun mempunyai risiko 14 peratus lebih rendah meninggal dunia berbanding dengan mereka yang tidak pernah mengambil bahagian dalam seni.

Aktiviti menonton konsert teater juga merupakan salah satu cara meningkatkan kesihatan mental.

Selain itu, semakin ramai orang terlibat dengan seni, semakin rendah risiko kematian mereka, termasuk menghadiri acara artistik setiap beberapa bulan mendapati  31 peratus risiko lebih rendah mati.

Para penyelidik mengatakan bahawa beberapa teori telah menyarankan bahawa seni dapat meningkatkan jangka hayat dengan kesihatan mental, mengurangkan kesepian, mengurangkan tingkah laku sedentari dan mengurangkan perilaku mengambil risiko negatif.

Kajian terdahulu juga mendapati bahawa melibatkan diri dengan seni boleh meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental, termasuk kemurungan, demensia, sakit kronik dan kelemahan.

Bagaimanapun, penyelidik tidak boleh membina punca dan kesan kepada penemuan itu, namun keseluruhan mereka yakin hasilnya itu adalah berkaitan dengan kesihatan.

Kajian juga mengulas bahawa setiap orang harus berpeluang untuk terlibat dengan aktiviti seni bagi mengelakkan kemurungan atau kesepian.- AFP Relaxnews

Muzium, Seni, Umur Panjang, Teater

Artikel Lain