suria

Azam tahun baharu tak perlu nampak gah atau hebat, yang penting ringkas, tidak dramatik

Senarai azam tahun baharu yang lebih ringkas tidak akan membuatkan anda rasa tertekan atau terbeban. Foto: Getty

'TAHUN baharu, azam baharu' seperti sudah klise ungkapan tersebut setiap kali menjelang tahun baharu.

Tidak salah untuk merancang perubahan dalam hidup sempena Tahun Baharu 2020 ini.

Tapi bagaimana pula jika azam yang lama masih belum terlaksana lagi, kini sudah mula berfikir-fikir mancari resolusi baharu pula?

ARTIKEL BERKAITAN: 2020 bakal tiba, jom semak gaya dan fesyen yang diramal trending

Apa kata anda tidak perlu pening kepala memikirkan azam baharu dan hanya rancang sesuatu yang lebih mudah.

Tip-tip di bawah ini boleh membantu anda merancang untuk membina resolusi baharu sempena Tahun 2020 ini. Ingat, merancang resolusi baharu tidak perlu terlalu tertekan dan dramatik.

1. Fokus tempoh tidur harian

Dapatkan tidur yang cukup.

Tanamkan dalam diri anda untuk mengikut tempoh tidur yang lebih baik. Tidur yang baik amat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.

Dengan perancangan tidur yang mencukupi anda boleh mengelak daripada terlalu lama menghabiskan masa di telefon bimbit. Paling penting, kurangkan pengambilan kafein.

2. Lakukan aktiviti yang anda suka

Mungkin sebelum ini anda tidak berkesempatan untuk melakukan perkara yang diminati. Contohnya bersenam, kelas menari atau bermain muzik.

Kini tiba masanya anda mula melangkah melakukan perkara yang anda telah lama anda minati. Paling penting anda perlu bijak merancang memilih aktiviti yang anda minat tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

3. Cari masa untuk diri sendiri

Tidak kira anda bekerja, suri rumah, bujang atau pun sudah berkeluarga. Menyendiri seketika agar anda boleh membuat perkara yang disukai seperti 'window shopping', menonton wayang, ke spa dan sebagainya.

4. Makanan sihat

Penuhi senarai azam dengan makanan sihat.

Kurangkan pengambilan makanan segera atau 'tapau'. Memasak adalah satu aktiviti 'me time' kerana anda boleh fokus dengan makanan yang lebih sihat.

Tanamkan azam tahun baharu untuk menjadi orang yang lebih berdisiplin.

5. Bertemu doktor

Jangan liat untuk melakukan pemeriksaan doktor bagi membantu melancarkan kehidupan harian anda.

6. Melancong

Luangkan masa untuk merehatkan diri melancong ke tempat yang lebih tenang.

Jangan kedekut untuk kelaur melancong. Tidak perlu merancang percutian mewah kerana paling penting setiap lokasi yang dilawati boleh memberikan ketenangan kepada diri sendiri.

Jom... belum terlambat untuk mula menyimpan dari awal. - Lifestyle

Artikel Lain