suria

Baju mengecut selepas cuci? Jangan terkejut kerana syampu bayi adalah penyelesaiannya

Baju yang mengecut boleh dikembalikan kepada saiz asal. Gambar Sekadar Hiasan

PASTI ramai pernah tertanya-tanya mengapa pakaian yang dicuci tiba-tiba mengecut berbanding saiz asal bukan?

Ya, bukan badan anda yang membesar sebaliknya memang baju itu mengecut tetapi jangan bimbang ada cara untuk mengembalikan bentuk asal baju anda.

Percaya atau tidak syampu bayi adalah rahsianya. Caranya mudah, anda hanya perlu merendam baju anda dalam air suam yang dicampur syampu bayi selama 30 minit.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak berkepit 24 jam, ‘clingy’ tanda si dia obses dengan anda!

Sebelum membilas, regangkan pakaian dengan tangan sebelum diperah dengan perlahan tanpa membilasnya menggunakan air bersih.

Basuh baju menggunakan tangan adalah kaedah terbaik.

Sidai seperti biasa di ampaian dan apabila baju sudah hampir kering, ulang teknik regang baju anda sehingga ia kembali ke bentuk asal.

Bagaimanapun kata Rune Sovndahl yang juga pemilik FantasticServices, kaedah terbaik untuk menjaga pakaian anda adalah dengan membasuh menggunakan tangan.

Kata Rune, ia kaedah paling baik berbanding menggunakan mesin basuh kerana ia mampu mengekalkan warna dan saiz baju tanpa mengecutkannya.

Namun katanya lagi, tidak pula menjadi kesalahan menggunakan mesin basuh namun sebaiknya menggunakan suhu air yang betul dan pilih mod cucian lembut bagi menjaga pakaian anda.

Pakaian, Tip, syampu, Mesin Basuh

Artikel Lain