NAMPAKNYA ada yang mengambil perhatian tentang obsesi rakyat Malaysia terhadap bubble tea apabila minuman popular itu kini tampil dalam bentuk emoji. Unicode Consortium telah memilih 117 karakter emoji untuk edisi Emoji 13.0 yang dijangka dapat diakses menjelang pertengahan tahun ini. ARTIKEL BERKAITAN: Cepat! Ambil langkah keselamatan elak WhatsApp digodam Selain bubble tea, sebanyak 62 karakter dan 55 jenis variasi jantina dan kulit turut diperkenalkan. Menerusi pengumuman yang dibuat baru-baru ini, Unicode Consortium turut mengetengahkan beberapa contoh sebagai panduan kepada vendor yang bakal menggunakan emoji itu. Antara emoji yang bakal menarik perhatian adalah pelbagai serangga seperti lipas, lalat dan cacing. Tidak ketinggalan selipar Jepun yang menjadi trademark masyarakat Malaysia. Nota : Setiap karakter emoji itu mungkin kelihatan berbeza bergantung kepada penggunaan iOS atau Anroid. - THE STAR