suria

Ada aku kisah, kan ada tukang kutip troli... Eh dah abad ke berapa ni?

Pentingkan diri... Beberapa troli yang ditinggalkan menggangu pelanggan lain untuk meletakkan kereta mereka.

DIAM tak diam, kita sudah memasuki bulan kedua tahun 2020 komer! Begitu pantas masa berlalu dan sudahkan komer laksanakan azam yang dibuat sebelum ini? Jangan hangat tahi ayam sudahlah yer.

Jika belum, masih belum terlambat melakukannya... tapi bukan itu yang teman nak celotehkan menerusi ruang terbaharu mStar ini - Komer ade!? Macam-macam yang akan teman sampaikan, bukan isu berat pun santai-santai je. Tapi pastinya ada mesej le untuk komer semua.

Dah namanya orang Perak kan, apa lagi kena la berteman, berkomer bagai.

Sebenarnya celoteh sulung ni, teman nak berkongsi cerita dengan komer semua tentang sikap segelintir masyarakat kita yang nampaknya masih 'tertinggal', umpama masih hidup di zaman batu!

Come on! Sudah masuk dekad baharu tapi masih ramai daripada kita yang masih sambil lewa tentang tanggungjawab menyimpan kembali troli selepas digunakan di pasar raya.

Troli yang ditinggalkan di antara celah kereta oleh pelanggan tidak bertanggungjawab. 

Kata Malaysia baharu! Tapi nampaknya masih ramai yang merasakan ia bukan tanggungjawab mereka hanya kerana ada tukang kutip troli di pasar raya.

Mungkin komer rasa remeh, tapi kunjungan teman ke sebuah pasar raya baru-baru ini rasa sakit hati tengok troli bersepah di tempat letak kereta yang ditinggalkan begitu sahaja.

Malah ada tanpa segan silu tinggalkan troli dalam kotak parking dan di antara kereta! Otak letak mana komer wei? Bayangkan troli itu bergesel dengan kereta, tak ke boleh menyebabkan ada yang meradang tu?

Marah teman ni bukan apa, sebab terkenang pernah kerja sebagai pengutip troli hampir 17 tahun lalu.

Bila dikenang-kenang kembali, dengan gaji tak seberapa, memang tak berbaloi dengan penat lelah mengutip troli untuk disusun ke tempat asalnya.

Itu belum lagi kalau ada yang rodanya rosak atau ada pelanggan tinggalkan sampah dalam troli... kami juga yang perlu bersihkan!

Gambar ini boleh menceritakan sikap segelintir masyarakat Malaysia. 

Sebab itu juga, setiap kali lihat troli bersepah dan wajah penat pekerja mengutip satu persatu troli itu, sedih juga hati teman sebab tahu susahnya kerja itu walaupun orang nampak senang! Kalau senang taklah komer tinggalkan troli macam tu jer kan?

Susah sangat ke nak letakkan kembali troli di tempat sepatutnya? Cuba komer cerita! Bila pihak pengurusan 'ikat' troli dan kena bayar komer marah tapi bila tak buat begitu, begini pula jadinya. Aduhai serba salah dibuatnya!

Jadi, akhirnya ia terletak pada diri kita sendiri... kita mudahkan kerja orang lain, InsyaAllah urusan kita juga dipermudahkan. Ia turut mencerminkan sikap dan peribadi kita.

Benda kecil seperti itu sebenarnya boleh membawa perubahan yang cukup besar tanpa kita sedari... bukan sahaja pada diri sendiri tapi terhadap orang lain juga.

Tak perlu rasanya azam yang tinggi melangit kalau perkara sekecil ini pun kita tak dapat lakukan perubahan. Ia perlu bermula dengan sekecil-kecil perkara dan percayalah hal yang lebih berat akan terasa ringan. Peace! Komer ade!?

Komer ada?!, Troli, Pasar raya

Artikel Lain