suria

Wow! ‘Engineer masa depan’ teruja berkenalan dengan kereta mewah, siap beramah mesra dengan big boss showroom lagi!

Selain penerangan ringkas tentang kereta mewah, Sir Hafiz sempat memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang membuat lawatan ke HJ Motors.

SHOWROOM kereta mewah - kalau 'income' tak gah lebih baik lupakan saja niat nak masuk dan apa lagi terus angkat kaki balik rumahlah!

Itulah yang bermain di fikiran kebanyakan kita apabila terpandang showroom yang mempamerkan bermacam jenis kereta sport dan kereta mewah tetapi sayang, harganya 'hanya mampu tengok'.

Bagaimanapun, bagi sekumpulan pelajar dari Giatmara Kapar, Klang dan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (IPKL) mereka sangat beruntung apabila mendapat jemputan khas untuk melawat showroom HJ Motors yang terletak di Bangsar, pada Selasa.

Kumpulan pelajar dari ILPKL bergambar kenangan di showroom kereta mewah yang dilawati mereka.

Bukan lawatan biasa-biasa, 42 pelajar jurusan automotif yang dijemput turut diberi penerangan tentang enjin, sistem dan teknologi yang membezakan kereta idaman ramai ini dengan kereta biasa daripada staf yang tentunya arif tentang spesifikasi dan selok belok kenderaan ini.

Paling menarik, setiap seorang dapat merasa peluang masuk dan duduk dalam kereta yang disukai mereka, melihat dan meneliti kekemasannya.

'Part' paling penting tentulah boleh bergambar sampai puas hati!

Salah seorang pelajar Giatmara tidak melepaskan peluang mengambil gambar kereta.

Menurut Pengarah HJ Motors, Hafiz Yusoff, idea untuk menjemput pelajar-pelajar berkenaan yang dipanggil 'engineer masa depan' ini tercetus bagi memberi peluang kepada mereka untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman menaiki kereta mewah.

Ahli perniagaan ini turut mengimbas pengalaman beliau semasa kecil yang hanya mampu melihat kereta-kereta mewah tetapi langsung tidak dibenarkan untuk menyentuhnya gara-gara 'takut rosak'.

Kejayaan Sir Hafiz memiliki showroom kereta mewah pada usia muda menjadi inspirasi buat golongan pelajar.

"Kami sentiasa membuka pintu kepada semua yang ingin memiliki kereta mewah.

"Kepada 'engineer masa depan', walaupun buat masa ini mereka belum mampu memilikinya, sekurang-kurangnya mereka dapat peluang untuk 'merasa' terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Salah sebuah kereta yang menjadi perhatian pelanggan di showroom ini.

Dalam pada itu, Hafiz atau lebih dikenali sebagai Sir Hafiz berkata kunjungan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk menghasilkan kenderaan berteknologi pada masa akan datang.

"Macam mana kita nak hasilkan kereta berteknologi tinggi, kalau masa belajar mereka didedahkan dengan kereta teknologi lama?" katanya.

Pelajar mengmbil peluang melihat dengan lebih dekat enjin kereta mewah.

Dalam lawatan selama kira-kira tiga jam itu pelajar dapat melihat beberapa model kereta mewah seperti Mercedes, Ford Mustang, Toyota Vellfire, Fiat 500 Gucci dan banyak lagi.

HJ Motors pernah tular apabila gamer No 1 Malaysia, Soloz berkunjung ke premis tersebut hanya memakai selipar untuk membeli kereta Mustang.

Artikel Lain