STATUS terkini di Malaysia yang merekodkan seramai 14 individu disahkan positif wabak novel koronavirus membuatkan ramai berasa bimbang.
Ia termasuk kes sulung disahkan pada 4 Februari 2020 melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor yang menjadi rakyat Malaysia pertama dijangkiti koronavirus (2019-nCoV).
ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus masih tiada vaksin... jangan ambil mudah, ketahui langkah penting elak dijangkiti
ARTIKEL BERKAITAN: Penyebaran koronavirus... Tak salah obses hal kesihatan anak!
Bagaimanapun keadaan di negara ini terkawal atas tindakan pantas pihak berkuasa namun kita masih boleh memainkan peranan dengan menjaga kebersihan diri serta persekitaran kita.
Antara produk pembasmi kuman yang berkesan membunuh koronavirus.
Sebenarnya banyak produk pembersihan rumah yang berkesan untuk membunuh kuman koronavirus.
Bagi langkah pencegahan rutin, pembersihan menggunakan air, bahan pencuci serta sabun juga memadai.
Untuk permukaan yang dikhuatiri terdedah dengan pesakit dijangkiti koronavirus terdapat pelbagai produk yang boleh di beli di pasar raya dan berkesan menghapuskan kuman tersebut.
Public Health Malaysia menyenaraikan 18 produk yang sesuai digunakan di rumah anda!
1. Simple Green Clean Finish
2. Clorox Disinfectant Wipes
3. Clorox Scentiva Disinfectant (Various Sents)
4. Dettol Anti-bacterial Surface Cleanser Trigger Spray
5. Dettol Healthy Clean Kitchen
6. Dettol Healthy Clean Bathroom
7. Mr Muscle 5 in 1 Multi-Purpose Cleanser (Various Scents)
8. Dettol Laundry Sanitiser
9. Walch Laundry Sanitiser
10. Walch Antiseptic Germicide
11. Dettol Antseptic Germicide
12. Dettol Antiseptic Disinfectant Liquid
13. Kao Bleach Liquid
14. Clorox Clean-up Cleaner + Bleach
15. Clorox Toilet Bowl Cleaner with Bleach
16. Essential Waitrose Thick Original Bleach
17. Budget Bleach
18. Giant All Purpose Household Bleach