suria

Jangan main sumbat je! Ada sebab kenapa perlu asingkan coli dan seluar dalam sebelum guna mesin basuh

Pakaian biasa dan pakaian dalam perlu diasingkan ketika membasuh.

HENDAK cepat dan jimat air punya pasal, ramai daripada kita jarang mengasingkan baju biasa dengan pakaian dalam ketika mencuci menggunakan mesin basuh.

Sebenarnya tindakan itu tidak bagus kerana pakaian dalam sebaik-baiknya dibasuh menggunakan air dengan suhu sekurang-kurangnya 40 darjah celcius bagi membunuh kuman dan bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamatkah kita dari virus Covid-19 jika pakai sarung tangan? Ini penjelasan Dr Say Shazril

Manakala suhu air biasa mesin basuh jauh lebih rendah dari itu dan boleh menyebabkan pakaian dalam anda tidak dicuci dengan baik.

Membasuh pakaian juga ada peraturannya. 

Pengkaji memberitahu, bagi mereka yang sakit seperti demam, pakaian dalam mereka perlulah dicuci menggunakan air dengan suhu 60 darjah celcius bagi membasmi kuman dengan lebih efektif.

Paling baik sekiranya, pakaian dalam direndam terlebih dahulu bagi mengeluarkan semua kotoran dan kuman yang melekat padanya.

Sesudah itu, bilas dengan air bersih dan barulah dicuci sama ada menggunakan tangan atau pun mesin basuh.

Penggunaan sabun pencuci jenis serbuk juga jauh lebih baik berbanding cecair ketika mencuci.

Mesin basuh, Pakaian Dalam, Mencuci

Artikel Lain