suria

Gunung Nuang, tersimpan kisah ibu dan anak mati selepas lari ke dalam hutan

Keindahan alam semula jadi Gunung Nuang menjadi tarikan bagi mereka yang gemar mendaki nampun ada kisah misteri di sebaliknya.

MASUK hutan keluar hutan memang dah jadi rutin kepada mereka yang bertugas sebagai renjer hutan. Selain dapat menikmati keindahan alam di waktu siang mereka juga terdedah dengan kejadian mistik serta misteri pada waktu malam. Itulah atara tugasan yang pernah aku lalui dalam episod - Detik 12 Malam.

Aku sampai di lokasi selepas kru sudah merakamkan beberapa babak dan lakon semula pengalaman renjer hutan sehari sebelumnya. Sakit tekak aku semakin berkurang namun masih terasa perit. 

Azan Maghrib berkumandang dari corong radio kereta aku. Senja di kaki Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor bagaikan dah pukul 9 malam gelapnya.

“Mie, Lepak makan dulu. Maghrib ni.” Apai, produser menyapa aku dari pintu kereta sambil menghulur salam.

Gambar dari rakaman kamera infra merah memperlihatkan Saiful Azmi ditinggalkan dalam satu kawasan hutan Gunung Nuang.

Kelihatan kru yang lain berjalan berkumpulan keluar dari pintu pagar besar menghala ke pondok wakaf. Alip, Rishi, Rafi, Gijoi, Aslam dan Golok beriringan sambil lampu suluh di dahi.

Kami berkumpul sama di pondok wakaf dan terus menjamu selera nasi goreng kampung dan telur mata kerbau. Sedap betul bila makan ramai-ramai macam ni. Sesekali nyamuk bernyanyi berdengung di telinga.

“Mie, kenalkan ni Along dan Abang Din. Renjer kat sini.” Mimi satu-satunya perempuan dalam team ni memperkenalkan dua orang renjer bertugas dan pernah mengalami pengalaman misteri sepanjang bertugas si Gunung Nuang ni.

Malangnya gadis tersebut dan anaknya mati di dalam hutan ni kerana kehilangan banyak darah. Mayat dua beranak itu dijumpai masyarakat Orang Asli namun mereka tidak mengenali gadis tu.

Belum sempat aku nak korek rahsia dengan brader berdua ni, Apai bagi skrip dan bagi tahu kepada semua team yang rakaman akan bermula dalam 15 minit.

Selepas bersiap aku pun jumpa Alip. “Alip, ada citer best ke?”

“Giler Mie, semalam si Mimi buat lakon semula. Oleh kerana dia je pompuan yang ada, kita bagi la dia berlakon jadi puntianak. Bila Apai kata ‘cut’ dia buat dekkk jer kat pagar tu macam mamai. Masa tu ngam-ngam pukul 12 tengah malam,” Alip kusyuk cerita.

“Apasal boleh jadi camtu pulak?” aku resah bertanya.

Keindahan Gunung Nuang.

“Memang Along (renjer hutan) dah bagi tau awal-awal supaya ketika Maghrib dan masuk waktu 12 tengah malam tu, hentikan segala aktiviti buat sementara waktu. Kalau tidak nanti kena gangguan,” jelas Alip.

“Apa yang buat ada penampakan puntianak kat sini Alip?” seperti biasa aku akan soal dan korek rahsia kejadian-kejadian misteri dan paranormal.

“Dulu ada seorang gadis mati di sini semasa melahirkan anaknya. Puncanya kerana keluarga kedua-duanya tidak merestui hubungan itu lalu mereka dipisahkan.

“Apabila keluarga gadis mengetahui keterlanjuran si gadis dan dia didapati mengandung maka dia dihalau keluar rumah. Oleh kerana tiada arah tujuan maka gadis yang sarat tu membawa diri ke dalam hutan gunung ini dan melahirkan anak sendirian.

“Malangnya gadis tersebut dan anaknya mati di dalam hutan ni kerana kehilangan banyak darah. Mayat dua beranak itu dijumpai masyarakat Orang Asli namun mereka tidak mengenali gadis tu.

“Gadis dan anaknya ditanam di kawasan tu mengikut cara Orang Asli iaitu ditanam secara tegak, bukan cara baring lazimnya orang Islam dikebumikan.

“Semenjak tu memang sering mereka yang mendaki dan menjalani ekspedisi di gunung ni akan diganggu oleh jelmaan gadis dan anaknya itu yang berpakaian serba putih,” jelas Alip.

Damai... air sungai di Gunung Nuang ini menyegarkan.

Selesai dengar cerita Alip aku pun meneruskan rakaman program Detik 12 Malam untuk buat host link.

Tak ada yang pelik sepanjang rakaman walaupun kami  dikelilingi hutan. Tinggal satu saja lagi rakaman dan part aku akan siap sebelum membuat tugasan dikenali “Operasi Burung Hantu” iaitu ditinggalkan sendirian untuk merasai pengalaman duduk di dalam hutan.

“Mie, awak rileks dulu. Kita orang shoot satu scene lakon semula pastu kita sambung awak punya part,” Apai bagi arahan.

Aku akur sambil berjalan menuju ke pondok produksi. Capai gelas dan tuang kopi panas. Memang syok malam yang dingin pekena kopi panas dan biskut kering. Jam tangan dah menunjukkan pukul 11.15 malam.

“Mimi… Mminum?” aku sapa Mimi yang sibuk dengan nota produksi. Mimi senyum jer sambil geleng kepala.

Dari kejauhan aku dapat lihat team produksi sedang buat rakaman lakonan semula. Babak yang dia orang lakonkan adalah penampakan deretan makhluk berjubah dan berserban memegang tanglung.

Empat orang kru berlakon sebagai makhluk tersebut. Pelbagai sudut dan pencahayaan yang mereka buat agar segalanya kelihatan menyeramkan. Aku asyik dengan kesedapan kopi panas.

Saiful Azmi ketika mengacarakan Detik 12 Malam.

Tiba-tiba dia orang yang sedang buat rakaman bertempiaran lari. Umpama pelari pecut yang menuju ke garisan penamat. Hala tujunya adalah ke tempat aku duduk iaitu pondok produksi. Mimi berdiri terkejut melihat suasana tersebut dan sedikit menjerit.

Semua mencungap menghela nafas. Jurukamera iaitu Andali dan Rafi kelihatan pucat. Pelakon berjubah dan berserban pun turut sesak nafas dada mencuri udara. Peralatan seperti lighting, kamera mereka tinggalkan.

“Apasal weyyy?” aku tanya penuh curiga.

“Okay… kita rest 10 minit!” Apai bersuara.

Selepas beberapa minit Rafi ajak Golok dan Andali ke lokasi untuk tengok keadaan kamera.

Risau kalau-kalau ada peralatan yang jatuh semasa mereka kelam kabut tadi. Jika ada yang rosak tergendala pulak rakaman.

Yang lain mula tenangkan diri dengan sambung minum kopi. Kru yang berlakon macam terpinga-pinga kerana tak faham apa sebenarnya yang berlaku.

“Semua okay…” Jelas Rafi selepas menjenguk peralatan. Gelas kopi digapai dan Rafi duduk sebelah aku.

“Korang nampak apa?” tanya aku seakan-akan berbisik pada Rafi.

Salah satu tarikan di Gunung Nuang.

Lambat Rafi nak bersuara. “Awak nampakkan kita shoot tadi berapa orang berlakon? Mula-mula OK semuanya tapi bila last shoot tadi tiba-tiba boleh tambah lagi dua orang kat belakang dia orang tu.

“Aku ingatkan mata aku je yang penat tapi bila Andali pun angguk tanda nampak, itu yang kita orang cabut lari. Peliknya, yang berlakon empat orang tapi dalam kamera aku kira ada enam orang,” muka Rafi pelik.

“Apalah agaknya nasib aku yang akan duduk seorang diri untuk buat siasatan dalam hutan ni nanti?” tercetus suara hati aku.

Jujurnya semasa rakaman dibuat di satu lokasi ini membuatkan aku berdebar-debar apatah lagi aku ditinggalkan seorang sendiri dengan kru semua berada di beberapa meter jauh.

Mereka hanya menyakskan aku dan memberi arahan melalui paparan pada skrin sahaja.

Aku macam nak pengsan namun terpaksa kuatkan semangat bagi memastikan rakaman ini berjalan lancar walaupun kadang-kala bulu roma aku terpacak kerana terasa bagai ada lain di sisi.

Namun bagi aku, apa jua mitos mengenai Gunung Nuang ini, kita haruslah mempunyai pengetahuan dan ilmu yang cukup jika ingin 'masuk' ke tempat orang sekirannya ingin selamat. 

Gunung Nuang, mistik, misteri

Artikel Lain