suria

Banyu terjaga 2 pagi, rupa-rupanya ‘mata rasaksa’ muncul di langit

Fenomena penampakan bulan di dalam lingkaran awan berwarna hitam membentuk seperti mata menggemparkan penduduk di Bandung Ahad lalu.

PADA malam Ahad lalu penduduk di Bandung, Indonesia dikejutkan dengan fenomena penampakan bulan di dalam lingkaran awam berwarna hitam.

Situasi itu bertambah menyeramkan apabila lingkaran itu membentuk seolah-olah mata besar yang mendatangkan keresahan dalam kalangan penduduk.

Mana tidaknya, ketika fenomena itu berlaku suasana juga bertukar sunyi selain aura negatif dapat dirasai kerana penampakan itu seperti mata raksasa yang sedang marah memerhati daripada langit.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek kebayan dah dicekup? Pakar tangkap jin dedah dialog penunggu hutan “Wajah dirakam.... biar kamu tahu keberadaan kami”

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman suara wanita menangis belum cukup seram... Lelaki ini dedah kisah cekik diri sendiri, mata terjegil

Malah ramai yang berkongsi gambar dan video kejadian itu di laman sosial sehingga ia menjadi tular.

Daripada jauh juga bentuk mata itu jelas kelihatan menimbulkan kegusaran penduduk yang tertanya-tanya mengenai fenomena itu. 

Seorang penduduk Bandung, Banyu Achmad Batchiar ketika dihubungi mStar berkata, dia sendiri sempat melihat kejadian itu dan penampakan itu dapat dilihat dengan mata kasar dengan jelas.

Kata Banyu, bulu romanya juga terus merinding saat terpandang bulan dalam lingkaran awam hitam itu namun tidak dapat menjelaskan tentang fenomena tersebut.

"Ketika kejadian saya ingat terbangun daripada tidur sekitar pukul 2 pagi apabila membuka mesej ada rakan memberitahu tentang fenomena itu.

"Saya terus keluar untuk lihat sendiri dan fenomena itu memang jelas kelihatan. Pada mula rasa kagum juga tetapi saya mula rasa seram dan merinding apabila melihat situasi itu lama-lama," katanya.

Hanya Allah maha mengetahui segalanya dan sebagai hamba-Nya jadikan perkara itu sebagai peringatan dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya.

BANYU ACHMAD BATCHIAR

Penduduk Bandung, Indonesia

Buntu dengan fenomena itu yang pertama kali berlaku di Bandung, Banyu bagaimanapun berkata, dia yakin kejadian itu sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

"Hendak berfikir yang bukan-bukan pun kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya fenomena itu atau ia hanya sekadar kebetulan sahaja walaupun ia memang nampak menakutkan.

"Hanya Allah maha mengetahui segalanya. Kita sebagai hamba-Nya jadikan perkara itu sebagai peringatan agar meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Bagaimanapun ada dalam kalangan netizen di negara itu mengaitkan kejadian luar biasa itu sempena Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 yang masih menanti keputusannya.

Secara berjenaka ramai mengatakan fenomena itu sebagai pemerhati kepada petugas pilihan raya yang membuat kiraan undian.

Gerhana

Bagaimanpun jika berlaku gerhana bulan atau matahari, ia adalah petunjuk kekuasaan Allah dan bukan terjadi secara kebetulan sebaliknya telah diatur olehNya seperti disebut dalam hadis berikut;

Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-anda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)” Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.

Jika berlaku gerhana bulan atau matahari, umat Islam adalah digalakkan untuk melakukan amalan sebagaimana beriku seperti dipetikak dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:

1. Melakukan dua kali khutbah selepas melaksanakan solat sunat gerhana

2. Memperbanyakkan doa kepada Allah memohon keselamatan dan menolak bala bencana

3. Beristighfar

4. Bersedekah

5. Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana. Rasulullah SAW membantah kepercayaan ini sewaktu berlakunya gerhana berkebetulan wafatnya putera Baginda SAW, Ibrahim yang maksunya; Sesungguhnya matahari dan bulan itu ialah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidaklah keduanya bergerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya, jika kalian melihat gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, laksanakanlah solat dan bersedekahlah. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1044) dalam Sahih-nya.


Mata Raksasa, Bandung, Indonesia

Artikel Lain