suria

“Perempuan ini susah pak” - Seram! Ibu Aliff Syukri disihir, meronta-ronta diganggu 6 jin dari gunung

Bonda Rozita sewaktu dirawat perawat Islam yang juga suaminya.

IBU kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim berkongsi pengalaman dirinya disihir menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya pada Selasa.

Setakat pukul 11 pagi Rabu, video tersebut mendapat 417,762 tontonan.

Menurut Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita, seramai enam jin berusia 175 tahun dihantar ke dalam badannya dipercayai bertujuan untuk membunuhnya secara halus.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan berbulu muncul dari tandas, Damia disihir teman lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Meracau setiap kali malam Jumaat… Mohd Fitri tak sangka disihir kawan sendiri!

"Ahad lepas kami menguji Mualij (perawat Islam). Staf dan saya pun tak tahan masa tu. Kami tak bangun sampai hari ini muntah dan keluar darah," katanya.

Sepanjang rawatan itu, Bonda Rozita berkata dia gagal mengawal dirinya walaupun berzikir dalam hati kerana jin tersebut berasa sakit dan panas akibat bersoal jawab dengan mualij yang juga suaminya sendiri.

Bonda Rozita dilihat meronta-ronta di dalam rakaman video tersebut.

Malah menerusi rakaman video berdurasi empat minit 20 saat yang turut dimuat naik Bonda Rozita di platform perkongsian video YouTube miliknya menunjukkan dia meronta-ronta ketika dirawat.

"Aku daripada gunung. Aku mahu bunuh perempuan ini. Macam-macam bomoh dah pakai. Aku paling kuat dalam gunung.

"Aku dibayar pak, aku cari makan pak. Perempuan ini susah pak," kata jin tersebut ketika disoal perawat yang merawat pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi itu.

Kalau kita lihat kepada sejarah Rasulullah SAW pun disihir. Zaman sekarang memang moden tapi terlalu ramai orang kembali kepada sifat jahiliah, dengki yang sanggup merosakkan kehidupan orang lain dan matikan orang pun sanggup sebab tak dapat dikesan dek undang-undang dan polis.

BONDA ROZITA IBRAHIM

Pengasas produk kecantikan

Semasa sesi soal jawab itu juga, jin tersebut mengaku dihantar untuk mengganggu Bonda Rozita.

"Perempuan itu kamu yang kacau betul... iya pak... benar pak. Perempuan ini susah pak," kata jin tersebut.

Pada masa sama, Bonda Rozita yang mengakui video itu bukan satu lakonan berkata gangguan makhluk halus tidak mengenal tahap keimanan seseorang.

Bonda Rozita tidak dapat bangun selepas menjalani ujian mualij.

"Jadi, ini adalah salah satu kebesaran Allah bahawa roh kita patut dijaga dengan zikrullah. Bila kita terleka walau sekejap pun benda itu akan menghancurkan badan. Walaupun orang itu hafaz al-Quran... imam besar sekali pun tetap diganggu dan disihir.

"Kalau kita lihat kepada sejarah Rasulullah SAW pun disihir. Zaman sekarang memang moden tapi terlalu ramai orang kembali kepada sifat jahiliah, dengki yang sanggup merosakkan kehidupan orang lain dan matikan orang pun sanggup sebab tak dapat dikesan dek undang-undang dan polis," katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram menunjukkan Bonda Rozita terbaring selepas menjalani rawatan tersebut.

"Selalunya orang tengok saya ceria dan cergas tapi bila tengok saya sakit semua pelik, risau senyap satu rumah hutan.

"Dua hari saya tak meronda... tak dengar suara saya. Saat yang dinanti-nantikan saya terbaring tewas akhirnya," katanya.

Artikel Lain