suria

Siapa hayun? Ibu sempat rakam video buaian bergerak sendiri

Imej menunjukkan kedudukan berbeza buaian yang dikatakan bergerak sendiri dan videonya berjaya dirakamkan seorang wanita.

“KETIKA itu tiada orang di taman permainan, malah tiada langsung angin atau tanda-tanda mahu hujan,” demikian cerita seorang wanita, Anom Rosli mengenai video yang dikongsikannya di laman sosial Facebook, Ahad lalu.

Dalam video berdurasi 36 saat yang dikongsi wanita ini, kelihatan satu buaian di taman permainan berdekatan sebuah pasar raya berdekatan Melaka Sentral bergerak seperti dihayun oleh seseorang.

Berkongsi cerita dengan mStar, Anom berkata, ketika itu dia dan tiga anaknya berada di dalam kereta ketika suaminya keluar sebentar untuk membeli barang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cedera parah keluar suara wanita tua selepas pembedahan - “Ada seseorang muncul waktu Maghrib” 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengguna perlu waspada... selepas 2 beradik maut, KM20.6 berdekatan Lunas kerap ragut nyawa 

“Ketika itu lingkungan pukul 12.00 tengah hari. Suami keluar beli barang di pasaraya berdekatan Melaka Central, manakala saya bersama anak-anak hanya menunggu di dalam kereta.

Anom Rosli merakam video buaian berkenaan ketika sedang menunggu suami di dalam kereta. 

“Ketika sedang Whatsapp seorang rakan, mata saya terpandang buaian di taman permainan bertentangan dengan kereta kami yang secara tiba-tiba berhayun.

“Begitu jelas kerana ia dalam jarak 50 meter atau 60 meter sahaja. Saya terus rakam video dalam aplikasi Whatsapp dan hantar kepada rakan saya,” katanya.

Cerita wanita berusia 37 tahun ini, agak aneh jika buaian tersebut mampu bergerak sendiri apatah pada ketika itu tiada orang di taman permainan tersebut.


Video yang dikongsi Anom Rosli di Facebook mendapat reaksi daripada kenalan dan netizen. Kredit FB Arenom Roslie.


“Malah angin pun tak ada, cuaca masa itu okey saja. Lagi pelik, hanya satu buaian saja yang bergerak.

“Anak kembar saya kemudian membunyikan hon kereta. Barulah buaian itu berhenti selepas itu,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Anom berkata dia sememangnya merasakan ada kehadiran ‘sesuatu’ ketika itu, namun enggan terlalu memikirkannya.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini mengakui dia pernah beberapa kali berhadapan dengan insiden mistik sebelum ini.

Anak kembar saya kemudian membunyikan hon kereta. Barulah buaian itu berhenti selepas itu.

ANOM ROSLI

“Dua tahun lalu, ketika pulang dari rumah kakak saya di Duyong, Melaka. Ketika melalui bandar dalam pukul 12 tengah malam, berhampiran lot kedai, saya terpandang ramai ‘benda’ pakai baju putih seluar hitam.

“Kebetulan malam itu, kaum Cina mengadakan upacara sembahyang dan beri makan kepada roh. Benda itu dalam 20 ke 30 lembaga. Ada yang tengah makan, ada yang mencangkung.

“Sebelum itu, berbelas tahun lalu, ketika sepupu datang ke rumah hantar barang waktu nak masuk Maghrib. Suami kebetulan kerja. Tidak lama selepas sepupu pulang, tiba-tiba terpacul satu lembaga betul-betul depan bilik. Mukanya hodoh. Saya tak tunggu lama terus ambil anak masuk dalam bilik. Mungkin dia ‘tumpang’ sepupu,” katanya.

“Mungkin ada yang sukar percaya, tapi hanya yang mengalami saja tahu. Apa yang saya alami ini berlaku dengan izin Allah. Cuma kita perlu tahu, dalam dunia ini bukan kita saja, ada lagi makhluk lain yang Allah cipta,” katanya akhiri perbualan.

mistik, buaian, Melaka Central

Artikel Lain