suria

Cikgu, ustaz, pemuda kampung jatuh hati... Guru wanita tukar karakter seperti harimau

Akibat dendam dan kecewa ramai hilang pertimbangan sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam bagi menyakiti oran lain. GAMBAR SEKADAR HIASAN

PERBUATAN menggunakan ilmu hitam seperti sihir dan santau dalam masyarakat kita tidak pernah berakhir meskipun kita kini hidup di dalam era moden.

Tetapi itulah yang dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan Islam iaitu Shahrul Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Shahrul kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa hayun? Ibu sempat rakam video buaian bergerak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja takut buat OT bunyi pelik di pejabat... Selepas tengok CCTV semua terkejut muncul kelibat

Cerita Ustaz Shahrul, beberapa hari lalu dia menerima panggilan telefon daripada anak salah seorang sahabat lamanya yang meminta bantuan untuk memulihkan rakannya seorang wanita dipercayai terkena buatan orang.

Katanya, wanita tersebut yang juga seorang guru sering meracau sejak dua minggu lalu sehingga percakapannya menjadi pelik dan sukar difahami oleh orang lain.

Bermimpi ular, harimau dan menyusukan bayi

"Apabila saya bertanya kepada pesakit itu sendiri dia memberitahu bahagian belakang badan dan perutnya juga sering sakit. Lebih menyeramkan dia kerap mimpi ular dan harimau.

"Tidak cukup dengan itu, wanita itu sering bermimpi sedang menyusukan bayi," ceritanya.

Perbuatan syirik adalah dosa besar di sisi Islam. 

Sedar akan masalah wanita itu, Ustaz Shahrul berkata dia terus membaca atay-ayat rukyah bagi mengubatinya namun belum sempat ayat itu dibacakan dia melihat mulut gadis itu mula berkumat-kamit.

"Saya sendiri tidak tahu apa dia mengomel. Tiada siapa pun dalam kalangan kami yang dapat memahami butir-butir percakapannya.

"Dia terus meracau-racau dengan bahasa tidak difahami. Melihat keadaan gadis itu yang tidak keruan, saya cuba menyedarkannya. Saya ajarkan kepadanya cara untuk mengawal diri supaya tidak dikuasai oleh gangguan tersebut," ceritanya.

Setelah wanita itu tenang kata Ustaz Shahrul, dia memulakan kembali rawatannya dan gadis itu sekali lagi seperti dirasuk apabila ayat rukyah dibacakan.

Bagaimanapun katanya, wanita itu dapat mengawal dirinya selepas cuba mengikut apa yang diajarkan sebelum itu dan kelihatan tenang.

Dendam cinta ditolak punca kena sihir

"Saya cuba berinteraksi dengan jin yang merasuk gadis ini. Setelah diselidik, rupa-rupanya jin sihir berupa ular telah dihantar seseorang untuk mengganggunya.

"Menurut jin ular ini, dia telah dihantar atas arahan seorang guru lelaki yang dikenali dan bertugas di sekolah sama dengan wanita itu. Guru itu pernah meluahkan perasaan kepada mangsa namun cintanya ditolak.

Terdapat tiga jin berbeza dalam badan wanita ini yang membuatnya derita. Gambar Sekadar Hiasan

"Dendam mula wujud dalam diri guru berkenaan apabila wanita itu rapat dengan seorang ustaz lain dari sekolah sama," jelasnya.

Oleh kerana perasaan tidak berpuas hati melihat kemesraan mereka berdua, ditambah dendam dan cemburu yang mendalam, guru lelaki tersebut telah menghantar sihir kepada mereka berdua.

Menurut ahli keluarga wanita tersebut kata Ustaz Shahrul,  gadis dan ustaz tersebut sering mengambil cuti sakit selain prestasi kerja mereka turut menurun selepas terkena sihir berkenaan yang mereka sendiri tidak menyedarinya.

"Pernah terjadi guru ini mengalami kerasukan ketika waktu persekolahan. Kakak gadis ini memutuskan untuk membawa gadis itu berubat secara rawatan alternatif selepas cubaan rawatan moden gagal," katanya.

Mendengar penjelasan jin itu, Ustaz Shahrul berkata dia mengarahkan agar jin ular itu mengutip dan membuang semua barang sihir yang ada pada tubuh gadis tersebut.

Tangisan bayi, jin harimau dari pemuda kampung

Setelah berjaya dibuang, Ustaz Shahrul memberitahu dia mengeluarkan jin tersebut dari badan guru itu sebelum keadaan menjadi tenang.

"Namun keadaan tenang itu tidak berpanjangan apabila anak kecil yang dibawa oleh keluarga gadis itu tiba-tiba menangis dengan kuat serta berpanjangan.

Apabila manusia hilang pertimbangan ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam bagi menyakiti orang lain. 

"Suara tangisannya memecah keheningan malam. Tangisannya berlarutan dan kedengaran lain dari kebiasaannya dan seolah-olah tidak akan berhenti.

"Saya memerhatikan anak saudaranya itu kalau-kalau ada sebarang bentuk gangguan dan benar seperti apa saya fikir, jin itu tadi sedang membelit badannya erat dan tidak mahu melepaskannya... Sebab itulah anak kecil itu menangis kerana kesakitan," ceritanya.

Cuba bertenang dengan situasi itu, Ustaz Shahrul berkata, dia yakin itu adalah cubaan menggangu fokusnya ketika rawatan namun dia berjaya mengusir jin itu daripada mengganggu kanak-kanak berkenaan.

Tidak terhenti di situ, ketika proses rawatan diteruskan, karekter gadis itu mula berubah menjadi perengus dan lagaknya seperti seekor harimau garang yang  sangat marah sambil mencakar kukunya.

"Soalan saya kepada jin harimau ini tidak diendahkan. Jin ini enggan bekerjasama dan seperti biasanya, jin 'degil' ini perlu diugut untuk dimusnahkan barulah mereka mahu tunduk dan bekerjasama.

Saya memerhatikan anak saudaranya itu kalau-kalau ada sebarang bentuk gangguan dan benar seperti apa saya fikir, jin itu tadi sedang membelit badannya erat dan tidak mahu melepaskannya... Sebab itulah anak kecil itu menangis kerana kesakitan.

USTAZ SHAHRUL ABDULLAH 

PAKAR PERUBATAN ISLAM

"Namun yang mengejutkan jin ini memberitahu ada dalam kalangan pemuda kampung berkenan kepada gadis ini. Dia pernah menegur tetapi tidak dilayan.

"Yang peliknya, gadis ini sendiri tidak mengenali pemuda dimaksudkan namun pemuda kecewa itu telah berjumpa seorang bomoh dan mahu wanita ini di sihir!," katanya.

Jin saka keturunan pula muncul

Walaupun sukar untuk membuang sihir harimau itu namun Ustaz Shahrul berkata, semuanya berjalan lancar apabila dia meminta gadis itu sendiri mencari dan membuang sihir di dalam badannya selain jin itu berjaya dikeluarkan.

"Saya ingatkan semuanya sudah selesai tetapi jin saka daripada keturunan ibu bapanya pula ingin memunculkan diri tetapi saya terpaksa menyedarkannya dan menghentikan rawatan kerana gadis itu telah kehilangan tenaga dan fokus.

"Alhamdulillah seminggu sudah berlalu, keluarganya memberitahu gadis itu sudah mula ceria dan kembali bertugas seperti biasa dan menunggu masa sesuai untuk membuang jin saka dalam tubuhnya," kata Ustaz Shahrul.

Jin, Mistik, Saka, Ular, Perubatan Islam

Artikel Lain