suria

Enam bulan derita, akhirnya perbuatan bekas kekasih terbongkar selepas ‘minyak calit’ keluar dari tengkuk Nora

Nora mengalami gangguan sejak bekas kekasihnya berkahwin dengan wanita lain.

HUBUNGAN cinta Nora dan Azrul mula berputik ketika mereka sama-sama meneruskan pengajian di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Utara tanah air.

Hubungan yang disulami dengan kasih sayang dan janji manis itu akhirnya memakan diri Nora Saddiq apabila dia menderita sakit misteri selepas menamatkan pengajiannya.

Selepas tujuh tahun berlalu, Nora bersedia berkongsi kisah sedihnya itu bersama mStar.

ARTIKEL BERKAITAN : Cicit lihat peristiwa pelik saat moyang nazak! Mata terbeliak, mulut ternganga… susah benar Oyang nak ‘pergi’

Menurut Nora, segala janji-janji manis Azrul kepadanya hanyalah sekadar mimpi indah memandangkan sebaik sahaja bekerjaya, dia memilih gadis lain untuk menjadi suri hidupnya.

Jelas Nora lagi, dia reda dengan ketentuan jodohnya, namun apa yang Azrul lakukan pada dirinya langsung tidak boleh dimaafkan.

Nora dan Azrul mula bercinta sejak menyambung pengajian di IPTA. Gambar hiasan.

“Memang mula-mula saya langsung tidak berminat untuk bercinta kerana ingin tumpukan perhatian dalam pengajian.

“Namun apabila setiap hari bersua muka, dia pandai mengambil hati dan sentiasa mengambil berat terhadap diri saya membuatkan saya menjadi cair. Yalah... hati wanita umpama tisu.

“Memang ketika itu rakan-rakan sekuliah juga pelik dengan perangai saya yang sedikit demi sedikit berubah mengasingkan diri dan hanya bersama Azrul.

“Walaupun sibuk bercinta, kami tidak pernah mengabaikan kuliah dan masing-masing menamatkan pengajian dengan cemerlang,” ujar Nora memulakan bicara.

Azrul mengaku ada calit dengan minyak pengasih supaya saya tidak jatuh cinta dengan orang lain.

NORA SADDIQ

Mangsa Minyak Pengasih

Jelas Nora, selepas sebulan majlis konvokesyen, mereka berdua berjaya mendapat pekerjaan baik di ibu kota.

“Sejak bekerjaya, hubungan saya dan Azrul sedikit renggang. Saya pula mengangap ia perubahan fasa baharu dalam hidup.

“Namun enam bulan selepas itu, saya dikejutkan bahawa Azrul telah berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya.

“Memang masa tu sedih sangat, kecewa dan seperti dunia saya gelap. Tetapi sedikit demi sedikit saya bangkit dengan sokongan keluarga dan hanya beri perhatian pada pekerjaaan dalam bidang guaman.

“Azrul tetap terus menghubungi, memujuk untuk berkahwin dengan saya sebagai isteri kedua namun saya tolak dengan baik. Saya nak move on," ujar Nora.

Azrul mengahwini wanita lain selepas enam bulan memulakan kerjaya.

Jatuh sakit

Lebih kurang dua bulan selepas Azrul berkahwin, Nora memberitahu dia mula jatuh sakit.

“Setiap malam pukul 3 pagi saya akan terjaga dari tidur. Di hujung katil saya seolah-olah ada bayang-bayang yang memerhati.

“Saya memang takut. Saya langsung tak boleh makan, tidur seterusnya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Mujur juga syarikat tempat saya bekerja itu memahami.

“Perangai saya mula berubah. Daripada seorang ceria dengan keluarga, saya bertukar menjadi pendiam. Hanya termenung dan sesekali menyebut nama Azrul.

“Selepas itu saya menangis sendirian. Ayah saya ada juga membawa ke hospital, tapi semuanya okay,” jelasnya.

Nora dipercayai dicalit minya pengasih oleh bekas kekasihnya. Gambar hiasan.

Mula berubat

Berikutan keadaan bertambah teruk, kenalan ayah Nora menawarkan untuk mengubati penyakit misterinya itu.

“Saya panggil kawan ayah itu sebagai ‘Tok Uda’. Dia memang seorang yang warak dan merupakan imam di kampung saya.

“Menurut Tok Uda, saya terkena ‘calit’ daripada seseorang yang dikenali rapat. Saya ketika itu terus terfikir Azrul.

“Namun Tok Uda tak beritahu siapa orang itu. Setiap malam Tok Uda akan datang ke rumah, mengadakan bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran dan sebagainya.

“Saya ada juga dibawa mandi bunga, mengamalkan beberapa ayat Al-Quran.

“Beberapa minggu selepas itu jiwa saya makin tenang dan pulih. Satu malam saya dapat rasakan bahagian tengkuk kiri saya sangat pedih.

“Rupa-rupanya ada sedikit minyak yang keluar dari situ. Tok Uda beritahu itulah benda misteri yang ada dalam badan saya selama ini. Benda itu dah keluar dengan sendiri selepas saya terus mengamalkan ayat-ayat Al-Quran,” katanya.

Nora tidak dapat melelapkan mata selama beberapa bulan dan hanya berkurung di bilik.

Kembali pulih

Selepas hampir setengah tahun berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya Nora kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Sebulan selepas saya pulih Azrul ada datang ke rumah bertemu dengan keluarga dan meminta maaf. Dia datang dalam keadaan menangis seperti orang tidak betul.

“Dia ada cakap hidupnya tak tenang sejak saya sakit. Dia mengaku ada menggunakan minyak guna-guna supaya saya tidak jatuh cinta dengan orang lain.

“Memang masa tu saya rasa geram nak pijak sahaja mukanya yang ‘selfish’ itu, tetapi ayah saya lebih tenang dan memaafkan dia.

“Dia berjanji tidak akan kacau saya lagi dan pergi jauh. Saya beryukur dan sehingga hari ini hidup saya lebih tenang,” akhirinya.

Minyak Pengasih, Calit, Sakit

Artikel Lain