suria

Cicit lihat peristiwa pelik saat moyang nazak! Mata terbeliak, mulut ternganga… susah benar Oyang nak ‘pergi’

Oyang hanya terlantar dan tidak sedar diri lebih kurang dua bulan.

BANGUN, bangun! Oyang tengah nazak,” jerit seorang sepupu dikala Hisham lena dibuai mimpi.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Hisham Ibrahim berusia 35 tahun, anak kelahiran di sebuah kampung di Pantai Timur mengimbas kejadian pelik yang terjadi terhadap moyangnya yang dipanggil Oyang.

ARTIKEL BERKAITANPancuran paip berbunyi tiada orang di bilik air, jelmaan seram muncul buat pelajar terkejut

Sebenarnya selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti, Hisham terus berkelana di ibu kota mencari rezeki ketika usianya 24 tahun.

Menurut Hisham, sejak bekerja di ibu kota, dia jarang balik ke kampung yang ketika itu hanya tinggal ayah, nenek, Oyang dan dua orang kakak yang sudah berkahwin dan tinggal berdekatan dengan rumah pusaka keluarga.

Manakala ibunya sudah lama meninggal dunia.

Oyang membela anak kerak sejak zaman muda lagi. Gambar hiasan.

Latar belakang keluarga

Menurut Hisham, dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak senang memandangkan keturunannya mempunyai banyak kebun buah-buahan serta beberapa ekar tanah yang terdapat pokok-pokok getah.

“Alhamdullilah keluarga aku senang dari segi kewangan dan kami juga dapat membantu orang kami dari segi pekerjaan di kebun-kebun milik Oyang.

“Kami bekerjasama menjaga semua aset punca rezeki sekeluarga.

“Sembilan tahun lalu, usia Oyang hampir seratus tahun dan kelihatan dia masih sihat walaupun kadang-kala ada terlantar sakit.

Setiap hari aku mengelap tangan dan kaki Oyang biarpun tubuhnya kaku... hanya nafas sahaja yang laju.

HISHAM IBRAHIM

“Sehinggalah satu hari aku dipanggil pulang kerana Oyang tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

“Ketika itu aku antara cicit kesayangannya. Aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung menjaga Oyang,” kongsinya kepada mStar.

Mula kejadian pelik

Jelas Hisham sepanjang lebih kurang dua bulan Oyang tidak sedarkan diri, dia hanya melihat sekujur tubuh kecil kaku terbaring di ruang tamu.

“Kami sudah membawanya ke hospital, namun pihak doktor tidak menemui sebarang peyakit. Mereka membuat pemeriksaan… semuanya okay.

“Jadi ayah putuskan untuk menjaga Oyang di rumah sahaja. Jadi bermulalah tugas aku sebagai ‘nurse’ menjaga Oyang.

“Setiap hari aku akan mengelap tangan kaki Oyang. Hanya mendengar nafas yang laju sahaja membuatkan aku tahu dia masih bernyawa.

“Selepas semua tugas aku selesai aku terlelap di tepi tilam lusuhnya. Seperti mimpi, aku dapat rasakan seperti kepala aku diusap lembut oleh Oyang. Aku biarkan sahaja.

“Tetapi apa yang aku tahu, rumah Oyang ni agak menakutkan kerana setiap malam aku rasa ada seperti lembaga kecil berada di sisinya.

“Malah ayah ada beritahu di bawah rumah (kami rumah papan) ada seperti dua ekor anjing hitam tidur sama kedudukan tempat Oyang terbaring.

“Sejak tu memang aku tak keluar malam,” jelasnya.

Di bawah rumah terdapat dua dua ekor anjing hitam terbaring sepanjang Oyang sakit. Gambar hiasan.

Oyang sudah mati

Selama dua bulan Oyang terlantar kaku, akhirnya aku nampak tindak balas Oyang, dia boleh buka mata.

"Sepupu aku yang kebetulan ada bersama tinggal di rumah itu kejutkan dan beritahu Oyang sedang nazak.

“Peliknya, mata Oyang terbuka luas dan terbeliak. Mulutnya sikit ternganga.

“Ayah ambil ikhtiar dengan memanggil bomoh dan bermulalah suasana menakutkan di rumah.

“Bomoh tu cakap, Oyang sebenarnya sudah lama meninggal dunia. Jasadnya tidak lepas kerana ada sesuatu yang menyekatnya.

“Dia ada cakap ‘belaan’ Oyang itu dipanggal ‘anak kerak’ dan memerlukan tuan baru yang sesuai. Bomoh tu pandang aku.

“Terkejut! Aku hanya geleng kepala tak sanggup nak terima. Begitu juga dengan ayah dan nenek.

“Jadi bomoh tu ambil ikhtiar selesaikan ‘anak kerak’ itu dengan menangkap dan buang di tempat yang jauh.

Oyang sebenar sudah lama meninggal dunia, tetapi disekat oleh 'pembantu' belaannya. Gambar hiasan.

“Manakala tiga keping zin dibumbung rumah dibuka. Selepas itu ketika bacaan ayat-ayat Al-Quran diperdengarkan, mata Oyang terpejam dan baru aku tengok dia tidak lagi bernafas.

“Kami dengan bantuan orang kampung terus menguruskan jenazah Oyang diiringi bacaan ayat suci yang tidak henti-henti.

“Kejadian itu memang menakutkan, tetapi apa yang aku dengar, Oyang ada 'membela' sejak muda lagi.

“Orang zaman dulu memang kebanyakannya pakai ‘pembantu’.

“Selepas Oyang meninggal, tiada lagi kejadian pelik atau lembaga yang terlintas di rumah ini,” akhirinya.

Perbuatan menggunakan khidmat makhluk halus adalah berdosa besar dan dilaknat Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat untuk setiap manusia memohon bantuan dan perlindungan.

Anak Kerak, Moyang, Mati, Mistik

Artikel Lain