suria

Asyik terkena gangguan seksual, wanita tularkan gambar bogel lelaki di FB temui ajal akibat disihir

Akibat menularkan gambar bogel seorang lelaki di media sosial, Siti menjadi mangsa sihir sehingga meninggal dunia. - Gambar Sekadar Hiasan

PERBUATAN melakukan santau dan sihir dalam kalangan masyarakat semenangnya berlaku meskipun hari ini kita hidup dalam dunia serba moden.

Benarlah... perasaan marah dan dendam boleh menyebabkan manusia hilang pedoman dan sanggup berlaku syirk kepada Allah semata-mata ingin memuaskan hati mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Temui ajal gara-gara ambil syiling tepi jalan... Awas! Elak kutip wang tidak diketahui pemiliknya sebelum padah menimpa

Perkara itu terjadi kepada seorang individu bernama Siti selepas dia menularkan gambar bogel seorang lelaki di media sosial kerana tidak tahan sering diganggu individu tersebut yang sering menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

Tindakan Siti (bukan nama sebenar) pada mulanya semata-mata ingin memberi pengajaran kepada lelaki tersebut agar berhenti menganggunya selain berharap dia tidak menjadikan wanita lain sebagai mangsa kerakusan nafsu.



Siti tidak tahan diganggu oleh seorang lelaki yang sering menghantar gambar bogel kepadanya.

Seperti diceritakan oleh seorang pengamal perubatan Islam, Tok Qiqi, ramai mengeluarkan kata-kata kecaman serta mengutuk lelaki tersebut sehingga ia ditular di laman sosial.

"Kebetulan Tok turut komen nasihatkan Siti, jangan sampai mengaibkan orang walaupun dia bersalah... Sebaik-baiknya buatlah aduan pada pihak berwajib.

"Bagaimanapun Tok dihentam oleh Siti dan netizen sehingga mereka melabelkan Tok sebagai lelaki gatal namun Tok berdiam diri kerana enggan menanjangkan pertelagahan," katanya.

Pesakit wanita perut membusung, kuku tangan dan kaki bernanah

Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Tok Qiqi memberitahu pada suatu hari dia mendapat panggilan untuk merawat seorang pesakit dipercayai terkena sihir.

Pada mulannya dia tidak tahu pesakit itu ialah Siti, sehinggalah dia dimaklumkan selepas rawatan selesai.

Keadaan pesakit itu kata Tok Qiqi amat mengejutkan - perutnya membusung sehingga berkilat selain matanya hampir tersembul keluar.

Perutnya terlalu besar dan orang dalamannya sudah banyak yang rosak dan pecah tanpa diketahui puncanya. Ketika dikafankan, darah di hidung mengalir meskipun sudah disumbat dengan kapas, darah juga membasahi kain kapan Allahyarham.

Tok Qiqi

PAKAR PERUBATAN RAWATAN ISLAM

Tidak cukup dengan itu, kuku tangan dan kakinya mengalir darah bercampur nanah membuatkan ramai orang berasa sedih melihat keadaannya.

"Tok mulakan rawatan melakukan rukyah dengan membaca ayat-ayat suci al Quran dan pesakit tiba-tiba dirasuk serta mula berbicara dalam keadaan marah. Ia (Jin) yang ada dalam badan Siti memberitahu apa berlaku kepada wanita itu bukan urusan Tok.

"Ia juga beritahu tuannya berdendam dan mahu seorang perempuan mati," ceritanya.

Dalam situasi cemas itu, Tok Qiqi bertanya kepada jin tersebut apakah punca tuannya marah dan ia hanya ketawa dan mahukan Siti mati.

Jin itu juga memberitahu wanita itu telah memalukan tuannya sehingga dipulaukan dan dipandang hina oleh semua orang termasuk keluarga.

"Ia memberitahu dia tidak akan meninggalkan badan wanita itu sehingga dia mati dan Tok tidak dapat membuangnya," ujar Tok Qiqi yang meneruskan bacaan ayat suci al-Quran sebelum jin itu hilang secara tiba-tiba.



Perut Siti bukan sahaja membusung tetapi matanya tersembul selain kuku jarinya berdarah dan bernanah. - Gambar Sekadar Hiasan

Rupa-rupanya Siti, terkena sihir dendam kesumat 5 serangkai

Sementara itu, Tok Qiqi memberitahu, selepas Siti tersedar dia bertanya apa telah berlaku sehingga ada orang berdendam dan mahukan dia mati?

Katanya, dia terkejut apabila Siti memberitahu apa yang berlaku itu adalah kerana dia menularkan gambar kemaluan seorang lelaki di Facebook.

"Dia menangis dan mengimbas kemabli komen di Facebook yang mana Tok turut menasihati dia agar tidak berbuat perkara berkenaan tetapi dia berdegil sehingga dia menerima padah," katanya.

Menurut Tok Qiqi dia melakukan rawatan selama tiga hari terhadap Siti namun Allah lebih sayangkannya dan Siti meninggal dunia.

"Perutnya terlalu besar dan organ dalamannya sudah banyak yang rosak dan pecah tanpa diketahui puncanya. Ketika dikafankan, darah di hidung mengalir meskipun sudah disumbat dengan kapas, darah juga membasahi kain kapan Allahyarham," jelasnya.

Menurut Tok Qiqi, mangsa terkena sihir dendam kesumat lima serangkai iaitu busung, santau, sihir boneka, santau tuju dan santau dari seberang.

"Begitu marahnya hamba Allah itu sehingga hilang pertimbangan... sebab itu Tok nasihatkan, berhati-hatilah jika mahu aibkan orang meskipun dia bersalah.

"Rujuklah dengan pihak berkuasa dan semoga kisah ini menjadi pengajaran dan pelajaran buat semua," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain