suria

Lampu terpadam, perasaan cemas dan takut muncul tiba-tiba? Ketahuilah itu antara 10 perkara rumah anda ada tetamu tidak diundang

Pernah anda berasa takut dan rasa diperhatikan ketika tinggal seorang diri rumah? - Gambar Sekadar Hiasan

BAGI yang duduk di apartment pernahkah anda terdengar bunyi guli jatuh di lantai dari rumah jiran atau seolah-olah ada yang menarik perabot di tengah malam yang sunyi?

Tidak cukup dengan itu, anda juga tiba-tiba berasa seram berada di dalam rumah sendiri tanpa sebab tertentu sehingga adakalanya anda merasakan bagai ada sesuatu yang sedang memerhatikan.

Paling pelik, masakan yang baharu sahaja dimasak beberapa jam lalu cepat basi walaupun sudah disimpan dalam bekas bertutup?

ARTIKEL BERKAITAN: Suami langgar ‘sekeluarga’ di lebuh raya paling menakutkan... Wanita bingung dihantui gangguan akibat ‘hijab terbuka’

Ia sebenarnya adalah antara petanda bahawa kediaman anda mempunyai 'orang ketiga' yang menumpang tanpa diundang. Ia bukan sahaja menumpang tetapi boleh menyebabkan anda berasa tidak tenteram dan boleh menjadi penyebab rumah tangga berantakan.

Biasanya makhluk ini tidak menunjukkan dirinya secara nyata tetapi terdapat beberapa tanda bahawa ia berada di dalam rumah anda.



Rumah berpenunggu tidak semestinya yang sudah tidak berpenghuni.

Ayat itu kedengaran agak membimbangkan, tetapi mengenal pasti tanda-tandanya boleh membantu anda sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian. Apatah lagi ia boleh menyelesaikan beberapa persoalan atau misteri yang menyelubungi keluarga anda.

1. Rasa seperti diawasi

Sebelum ini anda langsung tiada rasa takut tinggal seorang diri di rumah tetapi secara tiba-tiba perasaan tidak tenteram dan rasa seperti diawasi menyelubungi diri. Jantung juga kadang-kada menjadi cepat berdegup.

Bagi yang lemah semangat, situasi itu memang membuatkan anda berasa takut yang boleh mengundang perasaan panik dan bimbang.

2. Sukar tidur

Biasanya pukul 10 malam dah terlelap tetapi sejak kebelakangan ini anda sukar tidur malah berasa gelisah sejurus naik ke atas katil.

Jika dapat tidur pun, anda biasanya akan kerap terjaga dan lebih menyeramkan punca anda terjaga itu kerana merasakan sepereti ada orang lain di dalam bilik anda, sedangkan hanya anda seorang sahaja di rumah.

Tidak cukup dengan itu, jika anda selalu terlihat kelibat melintas pada pandangan ekor mata - petanda rumah anda ada penunggunya!

3. Bau wangi atau busuk yang menusuk

Petanda lain adalah anda sering tercium bau wangi yang menusuk berbeza dengan wangian yang sering digunakan. Tidak hanya bau wangi, ia boleh menjadi bau busuk yang tidak anda ketahui puncanya. Kadang-kala berbau seperti asap kemenyan. Awas... ia mungkin petanda yang kurang baik.



Bisikan atau gangguan boleh menjadi petanda rumah anda berhantu.

4. 'Main' peralatan elektrik

Bayangkan ketika anda sedang seronok menonton televisyen namun salurannya tiba-tiba bertukar, wahal alat kawalan jauh berada di atas meja.

Tidak cukup itu, kipas dan lampu dimatikan - yang peliknya hanya bahagian tertentu sahaja terpadam. Itu tanda yang perlu anda berikan perhatian.

5. Disentuh, jejak kaki

Merasakan seperti disentuh 'sesuatu' sehingga naik bulu tengkuk anda adalah petanda rumah anda ada pihak 'ketiga'. Sudahlah disentuh, ada pula suara aneh di malam hari selain terdengar bisikan atau jejak kaki yang menyeramkan.

6. Rambut panjang

Nak kata ada perempuan dalam rumah, anda orang bujang yang tingga seorang diri tapi yang peliknya setiap kali bangun tidur pasti akan ada rambut panjang di lantai. Siapa punya?

7. Pergaduhan

Bagi yang sudah berkahwin atau tinggal bersama keluarga - hubungan akrab yang tiba-tiba bertukar menjadi benci adalah petanda rumah anda ada makhluk halus yang mengganggu rumah tangga anda.

Pantang si isteri buat salah sedikit memang bergaduh besar sehingga berlarutan dan menyebabkan perceraian. Hati-hati.

8. Selalu ada orang sakit

Rumah anda akan ada orang yang sentiasa sakit - sama ada orang yang sama atau berganti-ganti. Peliknya, penyakit itu tidak pula diketahui puncanya namun ia kebiasaannya berkaitan dengan gangguan jin.

9. Jelmaan

Pernah terlihat kelibat isteri atau suami di dalam rumah sebelum menyedari mereka sebenarnya tidak ada di rumah? Itu adalah petanda kediaman anda dihuni jin.

10. Pengsan, jatuh sakit

Sekiranya anda memang sudah diganggu makhluk halus, masuk ke rumah yang berpenunggu akan menyebabkan kepala berasa pening atau gelisah. Dalam kes tertentu, anda berasa takut malah boleh pengsan dan jatuh sakit secara tiba-tiba.

Jika pengalaman ini sedang anda lalui, cara terbaik ialah dengan mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam yang betul untuk meminta nasihat.

Bagi umat Islam pula, banyak cara diajar Rasulullah SAW ketika berada di dalam rumah.

Antaranya banyak mengamalkan bacaan ayat-ayat al-Quran, membaca ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas masing-masing tiga kali sebelum tidur selain membaca Bismillah 21 kali.

Ayat-ayat suci ini antara kelebihan yang dapat melindungi seseorang daripada gangguan makhluk halus dan sihir serta kejahatan manusia.

Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk serta menjaga solat lima waktu juga antara faktor boleh menghindari gangguan jin dan perkara-perkara lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain