suria

Suami langgar ‘sekeluarga’ di lebuh raya paling menakutkan… Wanita bingung dihantui gangguan akibat ‘hijab terbuka’

Kelibat sekeluarga yang ingin melintas jalan pada waktu malam membuatkan Azian terkejut. - Gambar Sekadar Hiasan

SEJAK kecil Azian (bukan nama sebenar) sudah tahu dia seorang yang berbeza berbanding kanak-kanak lain sebayanya disebabkan dia mampu melihat benda-benda halus, menakutkan.

Ketika kecil kata Azian dia mungkin masih belum mengerti apa yang berlaku itu namun apabila dia semakin membesar, apa dilihatnya membuatkan dia sering berasa takut sehingga menggangu aktiviti sehariannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai ‘orang’ dalam rumah kamu” - Meremang bulu roma... Perangai anak 3 tahun berubah, asyik bangun awal pagi pandang arah pintu dan ketawa

"Saya sangka semakin saya berusia, mata saya yang boleh melihat perkara-perkara pelik di alam lain akan hilang tapi nampaknya tidak," katanya.



Sejak kecil Azian mampu melihat benda halus. - Gambar Sekadar Hiasan

Pengsan, jadi bingung perkara biasa

Cerita Azian, dia masih ingat, sekiranya dia ternampak sesuatu, jantungnya akan berdegup kencang bagaikan selepas dikejar anjing gila.

Tidak cukup dengan itu, apabila perasaan takut menguasai diri, penglihatannya tiba-tiba akan menjadi gelap dan paling menakutkan ingatannya akan hilang seketika.

"Ada masanya saya akan pengsan dan ambil masa 10 ke 15 minit sebelum kembali tersedar... Biasanya dalam dua ke tiga jam juga saya jadi bingung dan rasa seperti seorang dungu," ceritanya.

Kata Azian, apabila dia sudah meningkat dewasa, dia mula bijak mengawal ketakutan serta dapat membezakan mana yang benar dan samar apabila ada 'benda' muncul di hadapannya.

Ada masanya saya akan pengsan dan ambil masa 10 ke 15 minit sebelum kembali tersedar... Biasanya dalam dua ke tiga jam juga saya jadi bingung dan rasa seperti seorang dungu.

AZIAN

Kejadian dari Batu Pahat ke Klang paling terkesan

Bagaimanapun kata Azian, terdapat satu kejadian yang memberi kesan kepada dirinya sehingga ke hari ini dan ia berlaku ketika dia bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari kampung di Batu Pahat, Johor ke Klang, Selangor.

Ketika kejadian, Azian memberitahu dia tiba-tiba terlihat seorang lelaki tua sedang menyorong basikal dalam kegelapan lebuh raya bersama isteri dan anak-anak.

Paling mengejutkan katanya, mereka sekeluarga yang dilihatnya itu tiba-tiba cuba melintas jalan di lebuh raya sebelum dia menjerit kerana bimbang jika suaminya yang memandu akan melanggar mereka.

"Pada awalnya dalam hati saya tertanya-tanya, mengapa hendak melintas di tengah lebuh raya? Suami saya pula memandu seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya menjerit sekuat hati seperti terkena histeria dalam kereta apabila suami 'melanggar' mereka," katanya.

Imbau Azian, suami yang terkejut dengan jeritannya bertanya dalam keliru mengapa dia menjerit sekuat hati?



Sehingga kini Azian masih nampak makhluk halus.

"Saya terus beritahu suami dia telah langgar orang, dia telah bunuh orang dan takkan dia tak nampak ada orang melintas! Saya seperti hilang akal dan menjerit dalam kereta. Suami minta saya mengucap dan istighfar, dan selepas itu barulah saya dapat mengawal diri," ujarnya.

Kesan kejadian itu kata Azian, badannya menjadi lesu dan dia mengalami sakit kepala selama dua hari sehingga tidak boleh bangun.

"Hanya Allah sahaja yang tahu apa berlaku dan sakitnya kepala saya ketika itu," katanya.

Sehingga kini kata Azian, dia masih nampak benda-benda halus dan setiap kali ia berlaku badannya akan mengalami sakit-sakit.

Pemeriksaan di hospital juga menunjukkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit dan dia sedang tawakal cuba mendapatkan rawatan Islam bagi 'menutup' hijabnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain