suria

Isteri meracau ketika berpantang, bayi kejap menangis kejap senyum rumah pula bau hanyir... Rupa-rupanya si bapa punya angkara

Makhluk yang bergentayangan di hadapan rumah mengeluarkan bau hanyir. - Gambar Sekadar Hiasan

SELEPAS dua minggu berpantang di kampung, Idrus mengambil keputusan membawa pulang isteri dan bayi mereka ke rumah memandangkan dua lagi anak mereka akan mula bersekolah.

Bukan main seronok Imran dan Izzati dapat bertemu dengan adik bongsu mereka dan sejak pulang ke rumah dua beradik itu paling sibuk membantu menjaga si kecil itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang terhibur sangat tu? Ibu meremang bayi bersungguh gelak walau tak diagah - “Nampak wanita tua, jangan biar lama-lama ya”

ARTIKEL BERKAITAN: Duda berperangai pelik ajak kahwin... Wanita tanggung akibat selepas pinangan ditolak sehingga muntah darah

Tiga hari selepas pulang, Idrus memberitahu keadaan tiba-tiba berubah apabila dia mendapat panggilan daripada anak sulungnya yang meminta dia segera pulang ke rumah.

"Cemas suaranya ketika dia telefon, apabila saya tanya kenapa, anak saya itu hanya minta saya segera pulang sebab ibunya sakit dan tidak sedarkan diri. Berderau darah saya dan tanpa melengah, saya bergegas pulang," katanya.

Diganggu Ummu Sibyan

Isteri dan anak Idrus yang baharu sahaja lahir diganggu makhluk halus ketika sedang dalam berpantang.

Isteri termenung di tepi tingkap

Sejurus tiba di rumah, Idrus melihat isterinya sedang berdiri di tepi tingkap, memeluk Imran sambil termenung.

Imran yang baharu berusia 10 tahun kelihatan ketakutan dan terus menangis sejurus selepas melihat kelibat bapanya.

"Isteri hanya termenung, saya tanya langsung tidak dijawab. Bayi kami dibiarkan menangis dan sesekali saya lihat bibirnya seperti terkumat-kumit.

"Tidak terhenti di situ, bayi kami pula menangis tidak berhenti. Pelbagai cara dilakukan namun tidak berjaya.

"Peliknya, ada masa dia akan berhenti menangis dan tersenyum," katanya.

Peliknya, ada masa dia akan berhenti menangis dan tersenyum.

IDRUS

Meracau masuk waktu Maghrib

Ketika azan Maghrib berkumandang, Idrus memberitahu isterinya tiba-tiba beralih daripada tingkap dan menuju ke katil dan berbaring.

Pandangannya masih kosong. Mulutnya masih membebel sesuatu dan tiba-tiba meracau, menjerit, menangis sebelum tidak sedarkan diri.

Idrus mula risau dengan keadaan isterinya kerana tidak tahu apa yang membuatkan keadaannya jadi begitu.

"Sepanjang dua minggu berpantang di rumah ibu mertua, tiada pula yang pelik tetapi apabila pulang ke rumah sendiri, lain pula jadinya," ujar Idrus.

embracing-shadow-self-min

Tanpa menyedari kediamannya diganggu makhluk halus.

Ustaz tunggu luar pagar, bau hanyir menusuk hidung

Tidak menunggu lama, Idrus menelefon seorang ustaz untuk melihat keadaan isterinya dan selepas solat Isyak, ustaz itu sampai namun tidak segera masuk ke dalam rumah.

Sebaliknya dia meminta Idris keluar bertemunya di luar pagar.

"Ada yang singgah atau menumpang ni... Bau kuat, hanyir macam bau ikan busuk," kata ustaz itu.

Idrus kehairanan kerana tidak pula dia mencium bau yang dikatakan namun adik ipar dan rakannya yang terlebih dahulu tiba di rumah turut memaklumkan mereka juga menghidu bau dikatakan itu.

Ustaz itu meminta sebotol air dan mula merenjis di bahagian pagar, halaman rumah dan di depan pintu sambil membaca ayat al-Quran. Bau busuk itu tiba-tiba hilang.

Ummu Sibyan

Jin Ummu Sibyan cukup gemar menggangu wanita hamil, berpantang dan bayi.

"Bau hilang tetapi tiba-tiba ada bunyi dentuman seperti ada sesuatu yang jatuh menghempap atas atap bahagian serambi. Makin ustaz itu merenjis dan membaca, semakin menjadi-jadi.

"Saya lihat ustaz mengenggam pasir dan tanah, dihembus genggaman itu dan melemparkan ke atas bumbung. Ada bunyi seperti orang berlari, keadaan menjadi sunyi seketika," katanya.

Selepas selesai di luar, ustaz itu masuk ke dalam sebelum melihat isterinya berada di ruang tamu sedang menyusukan bayi mereka dan kelihatan seperti dirinya kembali normal.

Kencing tepi jalan punca diganggu

Ustaz tersebut terus meninjau ke seluruh bahagian rumah dan merenjis sambil membaca doa bagi memulihkan keadaan rumah itu.

"Selepas selesai, soalan yang tiba-tiba terpacul daripada mulut ustaz membuatkan saya tersentak. Dia bertanya sama ada saya pernah berhenti di mana-mana dan membuang air kecil?

"Terus saya teringat ketika perjalanan pulang dari kampung, saya ada berhenti kencing di tepi jalan sebab sudah tidak tahan.

"Kawasan itu agak gelap dan saya kencing di belakang sebatang pokok, tetapi saya tidak perasan jenis pokok tersebut," katanya.

Cerita ustaz itu, sejurus turun daripada keretanya, dia sudah tercium bau busuk dan melihat bayangan sosok dengan wajah yang buruk.

Tubuhnya berkudis dan sedang bergayut di bahagian depan rumahnya.

"Ustaz berpesan jangan kencing sembarangan, hendak pula ada bayi dan ibu bersalin... ia cukup disukai oleh jin dan syaitan Ummu Sibyan yang memang suka ganggu wanita hamil, baru bersalin dan bayi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain