suria

Tengah kayuh basikal tiba-tiba lumpuh separuh badan, doktor pun tak tahu sakit apa... Segalanya terbongkar pada suatu malam adik lelaki alami histeria

Hayani lumpuh separuh badan disebabkan ada makhluk yang bertenggek di belakang badannya. - Gambar Sekadar Hiasan

AIR mata sudah kering, pelbagai usaha dilakukan namun keadaannya tetap sama.

Pada usia 18 tahun, Hayani tiba-tiba lumpuh separuh badan. Hendak kata terkena serangan angin ahmar pun tidak, penyakit lain juga tiada. Doktor juga buntu dengan apa yang berlaku kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri meracau ketika berpantang, bayi kejap menangis kejap senyum rumah pula bau hanyir... Rupa-rupanya si bapa punya angkara

Semuanya berlaku secara tiba-tiba ketika Hayani dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki basikal bersama rakan-rakannya.

Sampai di hujung simpang taman perumahan, mereka berpecah dan Hayani mengayuh basikalnya seperti biasa sebelum sebuah kereta tiba-tiba muncul dan dia segera menarik brek tangan.

Tetapi jari tangan sebelah kanannya seperti kebas, tidak mampu bergerak. Mujur Hayani cepat turunkan badan untuk memberhentikan basikal menggunakan kaki.

Bertenggek

Siapa sangka badan menjadi lumpuh disebabkan kehadiran makhluk halus yang 'menumpang'.

"Saya pelik kenapa tangan tiba-tiba menjadi kebas, tapi saya teruskan juga mengayuh basikal ke rumah sebelum kaki sebelah kanan pula tak boleh bergerak.

"Ia seolah-olah badan tidak memberi respon dengan arahan otak. Saya sudah berasa seriau dan takut tapi saya kuatkan hati untuk sampai ke rumah," katanya.

Dengan hanya bergantung kepada anggota badan sebelah kiri, Hayani berjaya sampai ke rumah sebelum dia rebah di samping basikalnya.

Ceritanya, dia terpaksa mengesot menolak pagar sebelum salah seorang adiknya menjerit melihat dia terkulai layu di hadapan pintu.

"Saya hanya mampu menitiskan air mata sebab tidak tahu apa punca keadaan saya jadi begitu.

"Pelbagai ujian dilakukan doktor tetapi mereka sendiri berasa aneh sebab tiada sebarang simptom penyakit yang menyebabkan saya lumpuh separuh badan. Ujian darah pun menunjukkan keputusan normal.

Individu itu hendak menghantar 'benda' itu kepada ayah tetapi terkena pada saya sebab 'senang'. Ada tiga jin bertenggek di atas badan saya menurut ustaz itu.

HAYANI

"Akhirnya doktor minta saya pulang dengan membekalkan ubat antibiotik. Saya memang sedih dan rasa tidak boleh terima hakikat keadaan saya jadi begitu," katanya.

Adik lihat makhluk depan pintu bilik

Beberapa hari selepas pulang ke rumah, keadaan Hayani tetap sama tetapi beberapa kejadian pelik mula menimpa mereka sekeluarga.

Kejadian bermula apabila adik lelakinya yang tertidur di ruang tamu tiba-tiba terjaga dan apabila bangun matanya terus memandang ke arah biliknya dan menjadi kaku.

"Dia ternampak seekor makhluk berbungkus tembus keluar daripada pintu bilik saya dan terapung bergerak ke pintu utama rumah. Ketika itu saya berada di dalam bilik.

"Ibu dan ayah tak tidur malam menjaga adik yang selepas itu meracau dan demam panas. Hampir seminggu dia trauma dengan kejadian itu," ceritanya.

images

Makhluk halus turut memunculkan diri dihadapan dua adiknya.

Tidak cukup itu, dua adik perempuannya juga nampak benda sama berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Saya yang banyak terbaring sebab lumpuh hampir setiap malam didatangi mimpi sejenis makhluk hitam berambut panjang berdiri di satu sudut di dalam bilik.

"Makhluk itu akan bergerak mundar-mandir dan adakalanya mendekati wajah saya seperti hendak terkam dan saya akan terjadi daripada tidur," imbaunya.

Melihat keadaan itu, bapanya mula merasakan ada sesuatu tidak kena dan memanggil seorang ustaz untuk melihat keadaannya kerana bimbang penyebab lumpuh itu disebabkan gangguan makhluk halus.

Sebaik sahaja ustaz keluar kereta, dia merenung ke atas bumbung rumah kami dan mengatakan terdapat dua ekor makhluk bertubuh kering dan hitam sedang bertenggek.

553

Makhluk itu kata ustaz bertenggek di atas bumbung rumahnya.

Tiga jin bertenggek atas badan!

"Saya tak ingat secara jelas proses rawatan itu tetapi saya ingat perbualan ayah dan ustaz itu yang memberitahu ada orang terdekat dengki terhadap keluarga kami.

"Individu itu hendak menghantar 'benda' itu kepada ayah tetapi terkena pada saya sebab 'senang'. Ada tiga jin bertenggek di atas badan saya menurut ustaz itu.

"Sebab itu juga saya lumpuh kerana tidak dapat menampung berat makhluk itu," katanya.

Dengan izin Allah kata Hayani, atas bantuan ustaz sebagai asbabnya, Hayani beransur pulih selain membuat rawatan bekam dan berurut untuk membetulkan kembali tulang belakang.

Sehingga kini kata Hayani, tangan kanannya masih tidak kuat malah sekiranya mengangkat barang berat, tangannya itu akan menggeletar.

"Sebelum ini saya cukup suka melukis tetapi apabila tangan sudah tak kuat memegang pensil untuk melakar, saya lupakan minat itu. Sedikit nikmat Allah tarik, tidak mengapa saya reda," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain