suria

Padah buat kerja dalam gelap, pintu bilik air terbuka... Pemuda rasa pelik selepas penghantar makanan berwajah pucat hadir ke rumah

Tabiat Zairi yang suka duduk di dalam gelap membawa padah. - Gambar Sekadar Hiasan

SUDAH dua tahun Zairi tinggal bersendirian di rumah sewanya selepas dua sahabatnya berpindah keluar selepas masing-masing berkahwin.

Bukan tidak mahu mencari penyewa lain tetapi Zairi ingin belajar hidup seorang diri apatah lagi pekerjaannya sebagai penyunting video bebas membolehkan dia bekerja dari rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah kayuh basikal tiba-tiba lumpuh separuh badan, doktor pun tak tahu sakit apa... Segalanya terbongkar pada suatu malam adik lelaki alami histeria

Zairi mempunyai satu sikap pelik sejak tinggal seorang diri - tidak suka membuka lampu pada waktu malam selain membiarkan pintu bilik dan bilik air terbuka.

Tanpa disedari, tabiat itu telah mengundang padah dan trauma kepadanya.

"Saya sudah terbiasa bekerja pada waktu malam kerana keadaan lebih tenang dan membuat kerja-kerja suntingan dalam gelap dan hanya bergantung kepada cahaya skrin komputer.

613840818

Rumah yang suram dan tidak berpenghuni memang disukai oleh jin dan syaitan.

"Apabila rumah dalam keadaan gelap dan hanya cahaya daripada skrin komputer saya jadi lebih fokus," katanya.

Wajah penghantar makan pucat!

Seperti biasa, Zairi biasanya membuat pesanan makanan dari gerai berdekatan rumahnya. Masakan Makcik Ani bukan sahaja enak dan murah tetapi turut menyediakan khidmat penghantaran.

Biasanya Adam, anak Makcik Ani akan menghantar makanan ke rumahnya malah hubungan mereka juga akrab seperti adik-beradik.

"Sejurus saya buka pintu ketika Adam sampai, saya minta dia masuk sementara mengambil wang tetapi dia tolak dan wajahnya kelihatan pucat, tidak mesra seperti selalu.

"Selepas menghulurkan wang, Adam terus berlalu pergi tanpa mengucapkan sepatah perkataan... lagaknya seolah-olah melihat benda pelik," ceritanya.

Keesokan harinya, seperti biasa Zairi memesan makanan kegemarannya, nasi goreng paprik di kedai Makcik Ani tetapi kali ini bukan Adam yang hantar tetapi pembantu kedai mereka, Ali.

Rumah saya itu mungkin sudah jadi sarang jin dan syaitan sebab selalu suram dan sunyi. Rumah yang penghuninya tidak solat akan jadi tempat makhluk itu berkumpul dan tinggal.

ZAIRI

Ketika berbual-bual, Zairi memberitahu Ali bertanya soalan-soalan pelik kepadanya seperti sama ada dia tidak takut tinggal seorang diri atau pernah diganggu makhluk halus.

"Saya pelik dengan pertanyaannya kerana bukan mereka tidak pernah datang ke rumah saya tetapi darah saya mula berderau apabila Ali beritahu ketika Adam menghantar makanannya semalam dia melihat lembaga hitam terbongkok-bongkok dibelakangnya sebelum masuk ke sebuah bilik.

"Adam ketakutan sehingga tidak mahu menghantar makanan ke rumah saya dan meminta Ali datang," katanya.

Bulu roma Zairi terus berdiri mengingatkan kembali apa dikatakan Ali. Kesemua lampu di ruang tamu, dapur dan bilik dibuka kerana dia mula berasa tidak sedap hati.

Pintu bilik dihempas selepas pasang ayat al-Quran

Matanya mula memandang ke arah bilik yang dikatakan Ali dan Zairi mula menutup kesemua pintu di dalam rumahnya kerana tiba-tiba berasakan ada sesuatu sedang memerhatikannya.

A spooky, transparent blurred ghost floating through a wooden door in a old building

Siapa tidak takut apabila melihat kelibat di dalam rumah.

Sejak malam itu, pelbagai perkara pelik berlaku kepadanya seperti terasa ada tangan menjalar pada belakang tengkuknya selain bunyi pinggan mangkuk diselerakkan di dapur.

Kegusaran itu diceritakan kepada rakannya dan memberi cadangan agar dia memasang ayat al-Quran selain sentiasa menutup pintu tandas kerana ia tempat jin dan syaitan bertandang.

"Memandangkan sudah beberapa bulan saya tinggal seorang diri, katanya mungkin rumah saya sudah terdedah kepada jin dan syaitan yang 'menumpang' di bilik dan ruang tamu yang tidak digunakan.

"Selepas waktu Maghrib saya pulang ke rumah dan ketika masuk ke dalam rumah saya memberi salam dan saya dapat rasakan angin sepoi-sepoi bahasa seperti lalu pada wajah saya.

"Bulu roma terus berdiri. Berderau darah saya. Saya terus tutup pintu dan membuka semua lampu di dalam rumah biar terang dan tidak terasa suram," katanya.

Kelibat 2

Wajah penghantar makanan pucat apabila ternampak kelibat di dalam rumah Zairi yang gelap.

Mendengar saranan rakannya, Zairi membuka ayat al-Quran menerusi YouTube sebelum dan tanpa disedari dia tertidur di atas sofa.

Zairi terjaga disebabkan bunyi pintu terhempas dengan kuat dan ketika dia bangun untuk melihat apa sedang berlaku, pintu bilik kedua yang dijadikan pejabat itu sekali lagi dihempas.

"Badan saya dah rasa panas. Dahi berpeluh dan rasa sesak nafas. Saya segera capai kunci kereta dan keluar sambil membiarkan ayat al-Quran dipasang," ujarnya.

Tiada gangguan selepas jaga solat

Zairi menuju ke kedai Makcik Ani dan di situ dia terserempak dengan jirannya dan menceritakan kejadian yang berlaku di rumahnya.

Selepas mendengar semua kisahnya, rakan itu menyarankan agar dia mengubah cara hidupnya dan paling penting menjaga solat.

Menjaga Solat

Sejak kejadian itu Zairi menjaga solatnya.

"Dia beritahu rumah saya itu mungkin sudah jadi sarang jin dan syaitan sebab selalu suram dan sunyi. Rumah yang penghuninya tidak solat akan jadi tempat makhluk itu berkumpul dan menetap.

"Apa dikatakannya membuatkan saya tersentak kerana sering mengabaikan solat kerana terlalu fokus terhadap kerja pada waktu malam dan tidur menjelang pagi," katanya.

Zairi memberitahu dia memberanikan diri pulang ke rumah dan mula menunaikan solat sunat dua rakaat di setiap bilik dan mula menjaga solat fardu.

"Alhamdulillah selepas beberapa hari keadaan menjadi tenang semula malah rumah saya rasa seperti 'bernyawa' dan tidak berasa suram dan sunyi seperti selalu.

"Saya terfikir adakalanya gangguan yang dialami itu bukan disebabkan orang lain tetapi sebenarnya akibat perbuatan sendiri yang lalai terhadap tanggungjawab sebagai seorang Muslim," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain