suria

Tiga beradik tinggal bersama mayat ketika pandemik, wanita dihempap lelaki bunuh diri antara jenayah ngeri 2021

Pandemik Covid-19 antara punca jenayah kerap berlaku di tahun 2021. - Gambar Sekadar Hiasan

TAHUN lalu dunia masih dalam keadaan huru-hara disebabkan pandemik Covid-19, apatah lagi dengan kemunculan pelbagai varian baharu yang membimbangkan.

Namun dalam keadaan tidak menentu dan ramai daripada kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah masih terdapat pelbagai jenayah yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan 10 khazanah purba ini gemparkan dunia... hayati kisah misteri di sebaliknya

Tidak hanya jenayah biasa tetapi kejadian yang berlaku itu cukup menggerikan malah kisahnya menjadi tular di seluruh dunia!

Berikut adalah beberapa kes jenayah mengerikan yang berlaku sepanjang 2021.



Polis tiba di pangsapuri di mana tiga beradik tinggal bersama mayat adik lelaki mereka yang dibunuh kejam.

1. Tinggal bersama mayat adik sendiri

Selama beberapa bulan, tiga kanak-kanak terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan menyedihkan di sebuah pangsapuri di Texas, Amerika Syarikat.

Apa lebih memilukan mereka tinggal bersama salah seorang adik lelaki mereka berusia lapan tahun yang sudah meninggal dunia dan mayatnya sudah mereput.

Sudah tidak tahan terpaksa hidup dengan bau busuk dan ingin membela nasib adik mereka, tiga bersaudara itu berjaya menelefon pihak polis dan memberitahu mengenai tindakan teman lelaki ibu mereka yang telah memukul adik mereka sehingga mati pada November 2020.

Bukan sahaja terpaksa menyaksikan pembunuhan tragik itu, malah turut mendakwa pernah di dera oleh teman lelaki ibu mereka.

Selepas kejadian itu, ibu dan teman lelaki mereka melarikan diri dan membiarkan tiga beradik itu tinggal dalam pangsapuri itu bersama-sama mayat adik lelaki mereka.

Kematian adik lelaki kesayangan mereka bagaimanapun terbela apabila ibu dan teman lelakinya berjaya ditahan dan sudah pun menerima hukuman akibat perbuatan kejam itu.



Kahle (tengah) ketika meraikan kenaikan pangkatnya sebelum terbunuh.

2. Wanita maut dihempap individu bunuh diri

Kahle, seorang wanita berusia 29 tahun berada di kemuncak kehidupannya apatah lagi baharu sahaja dinaikkan pangkat sebagai pengurus acara di syarikat dia bekerja.

Namun siapa sangka kejadian tidak diduga yang berlaku padanya telah meragut nyawa Kahle dalam sekelip mata pada 25 April tahun lalu.

Ketika sedang berjalan sendirian di 10th Avenue, New York, Kahle mati selepas dihempap oleh seorang lelaki yang terjun daripada sebuah bangunan kerana membunuh diri.

Kahle maut di tempat kejadian manakala lelaki itu meninggal dunia ketika dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.



Kod yang ditingglkan pembunuh bersiri sekitar 1970 berjaya diselesaikan tahun lalu.

3. Jurutera bongkar rahsia pembunuh bersiri

Sebuah kes pembunuhan misteri pada sekitar tahun 1970 masih menjadi misteri sehingga ke hari ini namun pihak berkuasa masih belum berputus asa menyelesaikan pembunuhan lima mangsa.

Satu-satunya petunjuk yang ada adalah nombor sifir yang ditinggalkan pembunuh pada setiap mangsa untuk diselesaikan. Dua daripadanya berjaya diselesaikan namun masih terdapat dua angka untuk dipecahkan.

Namun pada Jun 2021, seorang jurutera dari Perancis, Faycal Ziraoui mendakwa telah memecahkan dua kod terakhir dengan mengkaji semua kod yang berjaya dipecahkan sebelum ini.

Kejayaan memecah kod itu juga berjaya membawa pihak berkuasa ke sebuah tasik di Tahoe Selatan Amerika dan berjaya mengenal pasti identiti suspek sebagai Lawrence Kaye.

Menariknya, lelaki itu pernah menjadi suspek utama kes itu ketika ia berlaku pada 1970.



Keadaan rumah Bruce yang dipenuhi sampah menyimpan rahsia besar.

4. Mayat dalam timbunan sampah ditemui selepas 20 tahun

Bruce Andrew Roberts cukup dikenali di kawasan kejiranannya sebagai seorang pengutip sampah dan mengalami masalah suka mengumpul barang (hoarders).

Namun satu perkara yang tidak diketahui oleh penduduk di situ adalah Bruce turut menyimpan mayat di dalam rumahnya.

"Tiada siapa ingin ke rumahnya kerana ia sangat kotor dan terlalu banyak sampah!" kata salah seorang jirannya, Gayle Meagher.

Rahsia mengenai Bruce akhirnya terbongkar apabila jirannya itu meminta pihak kebajikan dan polis memeriksa keadaan lelaki itu memandangkan dia tinggal seorang diri.

Apa yang mengejutkan apabila pihak polis menemui mayat Bruce yang terbaring di atas timbunan sampah di dalam rumahnya.

Misteri mengenai rumah itu bagaimanapun hanya terbongkar pada tahun lalu apabila petugas pembersihan menemui rangka mayat dalam timbunan barang-barang milik Bruce.

Bedah siasat mendapati, rangka mayat itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Shane Snellman yang pernah dilaporkan hilang 2002.

Shane yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan pernah dipenjarakan dipercayai memecah masuk kediaman Bruce sebelum berjaya ditangkap lelaki itu dan menembaknya di bahagian kepala berdasarkan kesan kecederaan ketika bedah siasat.

Penduduk mungkin tidak menghidu bau busuk selepas pekerja pembersihan turut menemui 70 botol penyegar udara di sekitar mayat Shane ditemui.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain