MENCARI rumah untuk disewa bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk mendapatkan rumah yang selesa, serba lengkap dengan kadar sewa yang murah segalanya bergantung kepada nasib, lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Begitu jugalah dengan pasangan suami isteri ini yang terdesak mencari sebuah rumah dengan kadar rendah di sekitar Petaling Jaya, Selangor. Menurut Wan Asiah yang senang disapa Mekyah, setelah lebih tiga minggu mencari di internet, akhirnya dia menjumpai sebuah rumah teres dengan sewa RM300 sebulan. ARTIKEL BERKAITAN: “Rajin kau cuci pinggan malam-malam buta” - Disangka kawan kemas dapur jam 4 pagi, rupanya pocong habiskan sisa makanan Suaminya, Nik Razali pada awalnya berasa ragu-ragu dengan kadar sewa murah yang ditawarkan oleh tuan rumah tetapi akhirnya setuju untuk menyewa di situ. "Jali (panggilan suami) dapat short notice dari syarikat untuk berpindah ke Selangor. Saya terus gelabah tolong carikan rumah untuk kami menyewa. "Saya terjumpa rumah sewa murah dengan harga 'tak masuk akal' dekat sebuah taman perumahan. Memang dekat dengan tempat kerja suami. Klinik dengan pasaraya pun tak jauh dari rumah. Jadi kami terus setuju menyewa dengan tuan rumah. "Saya tak boleh nak pergi tengok dulu rumah sebelum masuk sebab masa tu duduk dekat rumah mentua di Dabong, Kelantan. Jadi hari pertama masuk tu merupakan kali pertama saya tengok rumah," ujarnya yang baru berkahwin tiga bulan lalu. Menurut Mekyah, walaupun rumah tersebut kelihatan cantik tetapi dia sudah mula merasakan satu aura yang kurang menyenangkan sejak hari pertama masuk ke situ. Apatah lagi dia terjumpa sehelai kain putih lusuh berlumpur di lantai bilik tidur. Rumah teres disewa dengan harga RM300 sebulan. -Gambar hiasan "Masa angkat nak buang kain, tiba-tiba terjatuh dua hingga tiga helai rambut panjang warna hitam. Hati dah mula tak sedap masa tu sambil terfikir kain pontianak ke? Dia tukar baju dalam bilik ni? sambil tergelak kecil dengan diri sendiri. "Saya tak fikir panjang terus campak dalam tong sampah kain tu. Hari pertama okay saja tak ada apa berlaku. Kami yang dalam fasa honeymoon ni siap menari-nari lagi dalam rumah. "Tapi masuk saja hari kedua, dah mula perkara aneh berlaku dalam rumah. Waktu siang suami pergi kerja, saya lepak dalam bilik main game Candy Crush. Selamba je masa tu dengar orang mandi di bilik air macam 'orang gila'. Gelojoh betul dia jirus!" kata Mekyah. Takut dengan apa berlaku, wanita ini terus menghubungi suaminya sambil menangis. Bunyi itu bagaimanapun hilang setelah dia mengikut suaminya membaca ayat Kursi menerusi panggilan telefon yang dihidupkan 'loud speaker'. Bagaimanapun rasa ingin tahu membuak-buak dalam diri Mekyah, menyebabkan dia pergi ke bilik air untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya. "Bila sampai bilik air, terkejut saya tengok berus gigi betul-betul 'landing' dalam lubang jamban. Siap ada najis dekat lantai. Apa lagi, saya terus masuk bilik tunggu suami balik. "Tapi malam tu lagi teruk kena kacau. Suami baru balik kerja nak makan nasi. Lepas hidang nasi tu dia tiba-tiba menjerit beritahu nasi basi dan bau hancing. Terus saya panik sebab pelik macam mana boleh basi sedangkan nasi tengah panas lagi. Hantu tersebut mengetuk tingkap rumah Mekyah dengan kuat. -Gambar hiasan "Jali terus bangun dan laungkan azan tengah rumah. Habis saja suami azan, ada suara ikut azan juga tapi dalam keadaan main-main dan ketawa. Suara tu datang dari bilik kosong yang pintunya tertutup. Sebelum ni tuan rumah dah pesan tak bagi buka bilik tu," katanya. Dalam keadaan lapar dan letih baru pulang dari tempat kerja, Jali terus menghubungi tuan rumah bagi mendapatkan penjelasan sebenar di sebalik rumah yang disewakan kepada mereka. Namun, jawapan diterima oleh pasangan ini cukup mengecewakan apabila tuan rumah berkata situasi ini terjadi disebabkan masalah peribadi penyewa sendiri. "Bengang juga dengan tuan rumah cakap macam tu pada kami. Takkan saya ada bela saka pula? Tapi kami nak pindah pun dah tak boleh sebab deposit rumah dah tak boleh dipulangkan. Nak tak nak kena juga duduk dalam rumah ni tak boleh pindah. "Kami tidur macam biasa malam lepas kejadian tu. Suami cakap kalau kita takut nanti 'benda' tu lagi suka. Tapi pukul 1 pagi tu, tiba-tiba ada bunyi ketukan pada tingkap belakang di dapur macam nak pecah. Bertalu-talu dah macam pencegah maksiat! Saya terlalu takut sampai menangis. Pontianak tersebut berdiri di dapur sambil merenung tajam pada Mekyah. "Suami terus bangun, ambil air sembahyang dan baca ayat suci al-Quran di telefon. Saya pun bangun nak pergi bilik air untuk sama-sama mengaji. Masa jalan nak pergi bilik air tu, saya tergamam. Saya dengar bunyi pung pang pung pang macam orang masak dekat dapur," ujarnya yang berada dalam keadaan lemah malam kejadian. Sejurus tiba di dapur, wanita ini terkejut apabila melihat susuk tubuh pontianak dengan rambut panjang mencecah lantai sambil memakai baju putih dibuang Mekyah tempoh hari. Bagaikan tidak percaya dengan apa dilihat, ujar Mekyah, entiti tersebut menoleh ke arahnya dengan renungan cukup tajam. "Kenapa kau pandai-pandai buang kain aku! Ini rumah aku yang punya!" tempik entiti tersebut dalam nada suara yang cukup garau dan bengis. "Badan dah menggigil, lutut pun dah bergoyang-goyang. Serius tak tipu memang tak pernah tengok benda ghaib macam ni. Jelas pula tu. Nak panggil suami pun macam 'tak lepas' masa tu. Biasa tengok dalam TV scene macam ni, rupanya realiti pun sama "Lepas terketar-ketar sambil menangis, saya pengsan. Sedar-sedar dah ada dekat pusat rawatan Islam. Tapi masa tu badan saya penuh dengan lebam-lebam dan kesan cakar. Bila tanya suami yang ada dekat sebelah, dia tak nak beritahu apa jadi lepas kejadian malam tu," ujar Mekyah. Mekyah terkejut melihat pontianak dengan rambut panjang memakai baju putih dibuangnya tempoh hari. Serik dengan kejadian menimpa, pasangan ini terus mencari rumah sewa lain tanpa menghiraukan lagi wang pendahuluan mereka yang tidak akan dikembalikan. Walaupun begitu, terdapat satu kejadian aneh ketika pertama kali memasuki rumah sewa tersebut. "Sekarang saya dan suami dah tinggalkan 'rumah syaitan' tu. Kami tinggal dekat rumah flat yang agak mahal sikit harganya. "Cuma satu je yang pelik masa pertama kali masuk rumah sewa tu. Saya ternampak kain putih lusuh atas lantai dekat ruang tamu macam rumah sebelum ni. Bila pandang lagi sekali, kain tu dah hilang pula. "Mungkin khayalan saya saja sebab masih takut. Yang penting, walaupun dah lebih dua bulan tinggal dalam rumah ni tak ada sebarang gangguan dah. Tenang jiwa rasanya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube