suria

Lebih 20 tahun berlalu, mangsa rogol orang minyak masih tak berani balik kampung! Tak lupa tragedi ditindih dalam gelap

Shima menjadi mangsa rogol orang minyak ketika kedua ibu bapanya tiada di rumah. (Gambar Hiasan)

KISAH mengenai gangguan orang minyak hangat diperkatakan sekitar penghujung 1990-an dan awal tahun 2000.

Gara-gara kisah ini, ramai orang pada waktu itu hidup dalam keadaan berjaga-jaga dan ketakutan, khususnya kaum Hawa.

Menurut cakap-cakap penduduk kampung, orang minyak akan merogol beberapa gadis sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.

Sejak khabar angin itu bertiup kencang, Shima mula risau memandangkan ibu bapanya perlu berangkat ke Jitra, Kedah, kerana kakaknya baru bersalin.

Justeru Shima terpaksa tinggal bersendirian di rumah selama seminggu dan dia hanya mampu berdoa tiada perkara buruk berlaku.

"Memang la takut duduk seorang diri, tapi aku kerja. Bukannya boleh cuti lama. Mak ayah aku cakap tak payah percaya la pasal orang minyak tu. Mengarut je," ujar Shima ketika berborak dengan Yana di atas pangkin di depan rumahnya.

Close up of female feet in bed

Ramai yang takut untuk tidur bersendirian di rumah. (Gambar Hiasan)

Selepas kedua ibu bapanya berangkat ke Jitra, Shima meneruskan rutin hariannya seperti biasa, namun dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua pintu dikunci setiap kali keluar bekerja.

Shima bekerja di sebuah bengkel kain batik di kampung sebelah, jadi kadang-kala dia balik lewat malam sekiranya mereka menerima banyak tempahan.

Pada hari keempat ketiadaan ibu bapanya, Shima yang menaiki sebuah motosikal sampai ke rumahnya sekitar jam 11.30 malam.

Selepas membersihkan diri, Shima membaca novel di atas katil sebelum dia terlelap kepenatan.

Beberapa jam kemudian, Shima tersedar kerana menyedari ada jasad yang berat sedang menindih dirinya, membuatkan dia lemas dan sukar bernafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Semalaman tubuh diratah, layan suami balik ‘outstation’ awal... Bangun pagi badan lebam-lebam, rupanya isteri bersetubuh dengan jin!

Dalam gelap malam, Shima tidak dapat melihat apa-apa di depan matanya sehingga dia cemas dan mula menjerit ketakutan.

Dalam tempoh beberapa saat, dia terasa mulutnya ditekup, malah tubuh kasar itu seolah-olah menekan dirinya sehingga tidak mampu untuk meronta.

Kejadian itu berlaku pantas dan Shima tidak mampu melakukan apa-apa ketika pakaiannya direntap dan kehormatannya dicabul oleh makhluk misteri itu.

Makhluk berkenaan terus bangkit selepas dia melepaskan hajat dan melarikan diri melalui tingkap rumah kayu itu.

Shima yang menggigil ketakutan terus menjerit ke arah rumah Yana yang terletak berdekatan kediamannya.

61522573640_OrangMinyak

Kisah serangan orang minyak popular sekitar lewat 1990-an dan awal tahun 2000. -Gambar Hiasan

Dalam beberapa minit, Yana sekeluarga datang dalam keadaan terkejut selepas mendengar jeritan Shima yang cemas meminta tolong sambil menangis.

Selepas membuka lampu, Shima mendapati tubuhnya dicemari kesan minyak hitam, membuatkan dia mengesyaki dirinya telah menjadi mangsa orang minyak.

Selain keluarga Yana, penduduk kampung juga mula tiba di kediaman Shima tidak lama selepas itu dan cuba menenangkannya yang masih tidak berhenti menangis.

Bomoh kampung itu, Pak Mail mengesahkan bahawa Shima menjadi sasaran orang minyak yang merogolnya sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.

Ibu bapa Shima turut bergegas pulang seawal pagi kejadian selepas menerima perkhabaran duka itu.

Sejak kejadian itu, Shima menjadi pendiam dan suka menangis sehingga ibu bapanya puas membawa dia berubat dengan bomoh-bomoh kampung.

Tidak lama kemudian, ibu bapa Shima menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama ibu saudaranya demi melupakan kejadian itu.

Selepas lebih 20 tahun berlalu, kisah itu semakin dilupakan, malah Shima juga tidak pernah lagi pulang menjejakkan kaki ke kampungnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain