suria

Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”

Perbuatan sihir boleh memporak-perandakan kehidupan umat manusia. -Gambar hiasan

SIFAT cemburu adalah sebahagian dariada naluri manusia yang boleh mendorong ke arah baik mahupun buruk.

Sekiranya perasan itu tidak dikawal, kelak ia bertukar menjadi hasad dengki yang wujud dalam pelbagai menifestasi.

Ada yang tergamak melakukan fitnah, sihir bahkan sehingga tahap membunuh semata-mata mahu melihat orang yang dicemburui itu hidup merana.

Begitulah nasib dihadapi seorang ibu tunggal yang mengalami gangguan mistik angkara perbuatan jahat orang lain terhadapnya.

Menurut perawat perubatan Islam @Hasnanrili, rupa paras cantik yang dimiliki wanita tersebut membuatkan ramai jejaka tertarik dengannya termasuklah lelaki yang bergelar suami orang.

Jadi tidak hairanlah ada para isteri yang iri hati dan berdendam sehingga sanggup menggunakan cara halus untuk 'mengajar' wanita itu.

"Dia janda anak empat, pernah diserang isteri orang sebab salah faham. Dituduh kacau rumah tangga orang dan perampas padahal dia tak melayan pun.

"Jumpa suami akak itu pun sebab meeting kerja, bahaya fitnah melulu. Tiga kali kena serang dengan bini orang.

"Apabila lawa sangat, ramai lelaki nak cuba memikat. Bujang tak apa lagi, kalau suami orang tak pasal-pasal kena cop perampas dan penyondol," ujarnya dalam perkongsian di TikTok.

Gangguan sihir membuatkan wanita itu hilang keyakinan.

Jelasnya, antara bentuk gangguan yang dialami ialah wanita itu dapat melihat kemaluan terpampang pada dahinya setiap kali memandang cermin.

Apa yang lebih menakutkan, orang sekeliling tidak dapat melihat perkara itu melainkan dirinya sahaja.

Gangguan sihir itu seolah-olah bermain dengan mentalnya sehingga membuatkan dia hilang keyakinan diri dan terhina.

"Trauma nak tengok cermin sebab setiap kali pandang cermin dia nampak kemaluan dekat dahi. Puas dia gosok-gosok mata, benda itu tetap ada dekat dahi. 

"Dia tunjuk dahi dekat adik tetapi dia seorang saja yang nampak, selepas ambil wuduk hilang benda itu," jelasnya.

Tambah perawat itu, gangguan sihir itu dihantar bertujuan untuk bermain dengan minda wanita itu sehingga membuatkan dia hilang keyakinan diri dan rasa terhina.

"Biasa kes pelik macam ini sihir guna ilmu hitam, manipulasi fikiran dan pandangan mangsa," kongsinya.

Berdasarkan perkongsian rata-rata netizen, sihir yang digunakan terhadap ibu tunggal itu merupakan satu ilmu hitam yang dikenali sebagai bitas.

Untuk peringatan bersama, dalam Islam mempelajari dan mengamalkan ilmu sihir adalah haram sebagaimana sabda Baginda Rasulullah: Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan.

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu?

Sabda Baginda: "Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina." - [HR Bukhari 2766].

Artikel Lain