SIAPA yang tidak teruja apabila berjaya memperoleh pekerjaan sejurus tamat pengajian.
Begitulah yang dirasai Yana selepas permohonan untuk menjawat jawatan jurutera binaan di sebuah agensi ternama di Kulim, Kedah, berjaya.
Tambahan pula, bekerja di organisasi swasta itu menjadi idamannya sejak melanjutkan diri dalam bidang kejuruteraan.
Setelah menerima surat tawaran dari syarikat tersebut, Yana mula mencari rumah sewa di kawasan sekitar pejabatnya.
Maklumlah dia berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan tidak biasa dengan kawasan sekitar utara tanah air.
Menerusi beberapa aplikasi jualan dan sewaan, Yana akhirnya berjaya mendapat sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak berhampiran tempat kerja.
Kadar sewa yang murah membuatkan dia terus sahaja membayar deposit sewaan rumah itu tanpa memeriksa lanjut.
Hanya segelintir individu sahaja yang boleh melihat alam bunian. -Gambar hiasan
“Syukurnya dapar rumah murah dan dekat dengan pejabat. Rakan serumah pun seorang je,” ngomelnya seorang diri.
Dia yang memulakan kerja pada awal Januari lalu mengambil keputusan untuk berpindah lebih awal ke rumah sewa.
Tanggal 25 Disember menjadi tarikh keramat baginya memulakan kehidupan di tempat baharu yang jauh dari keluarga.
Meskipun bimbang dan takut, namun dia menganggapnya sebagai cabaran yang perlu ditempuhi setiap generasi muda.
Malah sepanjang tempoh dua minggu berada di rumah sewa, Yana berasa sangat gembira bersama rakan serumahnya, Lily.
Bagaimanapun, memasuki bulan kedua, dia mula merasakan pelbagai perkara aneh berlaku di rumah sewa sehingga membuatkan dia berasa takut untuk pulang.
Susulan itu dia menceritakan perkara yang dialami kepada Lily bagi menghilangkan ketakutan dalam diri.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini buat pengakuan bebas keluar masuk alam bunian, siap ada keluarga angkat! Ustaz pesan hati-hati guna ‘kelebihan’
ARTIKEL BERKAITAN: Arwah ibu larang mandi air terjun, bimbang disorok bunian... Bapa tak sangka ‘nenek tua’ muncul tuntut janji selepas 10 tahun!
“Lily, sejak beberapa hari lepas, aku rasa macam nampak kelibat dalam rumah ni. Paling kerap kelihatan di atas tangga.
“Dia macam berbaju kebaya dan berkain batik. Rambut pula disanggul kemas seperti wanita zaman dulu.
“Apa yang menghairankan aku, pernah sekali aku tak sapu sampah kertas dan helaian rambut gugur sebelum pergi kerja… tapi selepas pulang, kawasan tu bersih seolah-olah disapu,” ujarnya kepada Lily.
Bagaimanapun, Lily hanya menyuruhnya supaya bertenang dan tidak fikir bukan-bukan.
Beranggapan Lily tidak mempercayai kata-katanya, Yana mengajak rakan sekerjanya, Linda untuk tinggal bersama selama beberapa hari.
Menurut Yana, sebaik tiba Linda terus merebahkan badan dan tidur di sofa sejurus memasuki rumahnya.
Bukan itu sahaja, rakan sekerjanya juga bercakap dalam tidur seperti sedang berbual dengan seseorang.
Bunian sering digambarkan dengan pakaian serba putih. -Gambar hiasan
Apabila Linda bangun, Yana menceritakan perkara yang berlaku dan bertanyakan tentang perbualan yang tidak difahaminya.
“Aku mimpi pergi ke sebuah rumah dua tingkat, bahagian bawah batu manakala bahagian atas kayu.
“Buka je pintu terus nampak bahagian dapur rumah. Sebelah kiri pula ada ruang tamu yang dilengkapi kerusi kayu berwarna hitam, meja kopi dan rak buku.
“Apabila pandangan aku beralih ke tangga, kelihatan seorang wanita cantik yang berkebaya hijau dan berkain batik merah. Rambutnya juga bersanggul kemas diselit sekuntum bunga,” cerita Linda.
Mimpi yang dikongsikan itu membuatkan Yana terkejut kerana susun atur yang digambarkan adalah seperti rumah sewanya.
Malah kelibat yang dilihatnya, turut berbaju kebaya.
Yana kemudiannya menceritakan situasi dialami kepada Linda dan menyatakan gambaran kediaman adalah seperti rumah sewanya.
Susulan itu, Linda menyatakan bahawa kelibat itu mungkin adalah wanita berusia lingkungan 45 tahun yang dilihatnya di dalam mimpi.
Wanita terbabit bernama Cik Seri dan merupakan pemilik rumah berkenaan.
“Jangan risau, dia bukan nak ganggu kau… tapi ni rumah dia dan dia cuma nak pesan supaya kau menjaga solat seperti sebelum ini,” tambah Linda.