suria

Sembur di pergelangan tangan kemudian gosok-gosok bukan cara betul... Ketahui tip haruman tahan lama!

Terdapat beberapa teknik bagi mengekalkan bau haruman. FOTO: Mother Nature Network

JANGAN ambil mudah tentang sesuatu perkara, itulah pesan dan nasihat orang tua-tua yang sewajarnya tidak diabaikan.

Begitu juga dalam pemakaian haruman atau minyak wangi, walaupun nampak ringkas iaitu dengan cara membuat semburan ke tubuh, ia sebenarnya lebih dari apa yang anda sangkakan.

Biasanya, dengan beberapa semburan ke tubuh atau pakaian, kita menganggap ia sudah selesai.

Kali ini, mStar Online nak kongsi lima tip pemakaian minyak wangi atau perfume kepada anda.

1. Cara Semburan

Menurut pembuat minyak wangi kelahiran Perancis dan Armenia, Francis Kurkdjian, teknik menyembur haruman pada pergelangan tangan disifatkan sebagai kaedah yang salah dan teruk.

Biasalah kita ni, sembur di pergelangan tangan, lepas tu gosok-gosok pula.

Pemilihan haruman haruslah bersesuaian dengan personaliti si pemakai. (FOTO: HeyClaire)

Menurut Francis, tak perlu buat macam tu pun. Malah katanya, sembur sahaja secara biasa kerana ia membuatkan haruman kekal lebih lama.

Iya ke? Tak taulah kalau korang malas nak percaya tapi kalau nak tahu Francis tu bukan sekadar buat minyak wangi, malah haruman ciptaannya juga selalu menang anugerah.

Tambahnya lagi, apabila kita sembur dan gosok-gosok, kulit kita akan menghasilkan haba dan ia boleh mengubah bau asal.

2. Sembur terus ke kulit

Kebanyakan kita suka sangat sembur perfume pada pakaian. Ada kalanya, sebelum pakai baju lagi dah mula sembur. Kononnya untuk menambah keharuman.

Menurut Francis, anda sepatutnya menyembur perfume di bahagian kulit yang terdedah kepada udara seperti leher, belakang siku dan pergelangan tangan.

Sebaiknya, beli haruman bersaiz kecil kerana ia tidak sesuai disimpan lama. (FOTO: www.wallpaperup.com)

3. Jangan lupa pada rambut

Untuk mengekalkan haruman, anda juga boleh membuat semburan di bahagian rambut.

Namun, anda juga perlu berwaspada. Awas katanya, kalau kawasan tu panas, tak perlulah sembur di rambut kerana peluh akan menghasilkan minyak semula jadi di kulit sehingga boleh 'membunuh' bau minyak wangi.

4. Kaedah simpanan minyak wangi

Kata pakar, tak elok simpan perfume lama-lama.

Malah, cara simpanan juga memberi kesan terhadap ketahanan haruman.

Boleh disembur pada rambut, tapi bukan pada setiap masa. (FOTO: essentialoilaustralia.com)

Sebaiknya, perfume perlulah disimpan di kawasan yang mengikut suhu bilik.

5. Lebih kecil lebih baik

Oksigen merupakan musuh utama kepada minyak wangi dan ia berupaya menurunkan skala haruman.

Malah, jika lama terdedah kepada oksigen, ia boleh memberi kesan terhadap perfume anda.

Jadi, lebih baik beli haruman dalam botol kecil sahaja. Saiz botol yang disyorkan adalah 2.4 milimeter atau 1.2 milimeter. - The Jakarta Post.

Minyak Wangi, Perfume

Artikel Lain