suria

Lelaki berjaket denim memang nampak ‘smart’, tapi perlu kena caranya!

Jaket denim boleh diklasifikasikan sebagai pelengkap gaya kasual yang wajib dimiliki setiap orang memandangkan ia tidak ditelan dek zaman.

JAKET denim boleh diklasifikasikan sebagai pelengkap gaya kasual yang wajib dimiliki setiap orang memandangkan ia tidak ditelan dek zaman.

Sifatnya itu juga membuatkan ia boleh dipadukan dengan pelbagai gaya dalam menaik taraf gaya seseorang sekiranya bijak memilih.

Kali ini mStar Online memilih lima gaya jaket denim daripada selebriti lelaki tempatan yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bergaya!

1. Awal Ashaari

Pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari berjaya menyerlahkan jaket denim warna biru muda secara santai tetapi chic!

Dengan menaikkan kolar jaket selain melipat sedikit bahagian lengan, Awal menjadikan gaya itu miliknya dengan padanan baju T putih berserta seluar khaki hijau lumut.

Casual look Awal dilengkapkan pula dengan cermin mata hitam dan beg tote!

2. Hael Husaini

Bagi yang sukakan kelainan, penyanyi dan komposer Hael Husaini mungkin boleh dijadikan rujukan apabila dia tampil berani dengan jaket denim berserta cetakan bentuk 'love' pada bahagian tengah jaket.

Ia bukan sahaja tampak kasual tetapi memberi visual lebih ranggi tetapi sedikit feminin dan secara tak langsung mampu 'menjampi' sesiapa yang melihatnya.

Bagaimanapun jaket denim bercetak seperti Hael perlu dipadankan dengan baju T atau kemeja kosong agar tidak kelihatan serabut.

3. Ismail Izzani

Gaya jaket denim oversize 80-an pilihan penyanyi Ismail Izzani yang dipadankan dengan kemeja berkolar biru dan seluar panjang tirus hitam paras buku lali cukup stailo!

Ia tampak sesuai dengan penyanyi lagu Luar Biasa ini walaupun susuk tubuhnya kecil dan kurus. Ismail tampak lebih sasa apabila menyarungkan jaket bersaiz besar.

Padanan gaya klasik itu dengan fesyen terkini menjadikan ia sangat fashionable awesome. Mungkin anda boleh selongkar kembali jaket denim lama anda dan jadikan ini sebagai inspirasi ala vintage!

4. Sufian Suhaimi

Imej Sufian Suhaimi yang hanya tampil dengan seluar jean hitam dan padanan baju turtle neck daripada rona sama mungkin kelihatan bosan.

Tetapi wow! Penampilan yang sekadar biasa itu terus berubah dan sangat chic dan maskulin apabila Sufian memadankannya dengan jaket denim - ready untuk acara hiburan.

Denim potongan badan cukup cocok dengan buat si pemakai berbadan kurus.

5. Wak Doyok

Wak Doyok gayanya sentiasa berani dan stailo menjadikan dia berada dalam kelas tersendiri.

Lihat sahaja padanan jaket denim Wak Doyok dengan kemeja berkotak-kotak bersama tali leher berjalur yang menampakkan ia cukup elegan tetapi santai.

Untuk gaya ini bagaimanapun memerlukan keberanian dan keyakinan diri yang tinggi atau OOTD anda akan mendapat serangan netizen. Opss...

Artikel Lain