suria

Nak dapat banyak ‘like’? 6 tip foto OOTD ini buat anda lebih menarik

Dapatkan pencahayaan yang cukup akan menghasilkan foto anda lebih menarik. FOTO IG Janna Nick & Elfira Loy.

BERGAMBAR untuk memperlihatkan gaya seharian atau lebih dikenali OOTD (outfit of the day) menjadi fenomena dalam kalangan remaja dan selebriti tanah air. 

Ia nampak mudah dilakukan, namun berkali-kali ambil gambar pun belum tentu ada yang cantik untuk dikongsikan di laman sosial.

Sekarang ini orang akan melihat sejauh manakah anda berjaya mendapat tanda suka atau 'like' dan juga komen setiap kali berkongsi foto di laman sosial.

Kalau 'like' kurang... kiranya foto anda itu tidak menariklah!

Namun jika hendak beraksi dengan foto OOTD anda, banyak perkara yang tidak kena. Pendek kata apa juga kamera yang anda gunakan ia tidak membantu jika anda tidak tahu teknik yang betul.

Meh kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk mendapatkan imej menarik dan boleh dikongsi di laman sosial. Selepas ini kami pasti... ramai yang akan terpegun melihat aksi anda.

1. Latar belakang

Cari latar belakang yang sesuai dengan pakaian yang anda gayakan. Latar belakang yang kemas sama ada bercorak atau plain/kosong memberi kesan tersendiri.

Cari latar belakang yang menarik. FOTO IG Nana Mahazan dan Azira Shafinaz.

2. Sudut/angle

Jika anda bijak memilih angle ia pasti menghasilkan gambar yang cantik. Ambil dari bawah ke atas untuk anda kelihatan lebih tinggi. Orang yang hendak ambil gambar tu pun kena buat kerja lebih sikitlah kalau teknik sebegini.

3. Pencahayaan

Pencahayaan adalah adalah salah satu yang perlu diambik kira dalam sesi fotografi. Tanpa pencahayaan yang baik ia tidak dapat membuahkan hasil yang diinginkan. Untuk itu anda perlu kenal pasti arah cahaya terutama jika berada di tempat redup.

Orang yang ingin mengambil gambar membelakangkan matahari manakala anda perlu berada pada kedudukan di hadapan matahari. Ia bagi membolehkan imej anda mendapat cahaya yang mencukupi.

Cuba pelbagai gaya dan nampak natural. FOTO Zizi Kirana & Kilafairy.

4. Tiru posing macam dalam majalah

Jika anda bukan model dan tidak pandai untuk beraksi di depan kamera, anda boleh tiru sahaja pose model dalam majalah fesyen atau Instafamous di Instagram. Cuba pelbagai pose secara kandid dan nampak natural sehingga anda dapat foto yang terbaik.

Pastikan juga baju dan rambut anda kemas dan kelihatan on point. Jika tidak anda pasti kecewa dengan hasilnya. Pastikan juga tiada orang yang cuba photobomb dan mencacatkan foto anda.

Tiru gaya model dan selebriti. Foto Nazim Othman, Awal dan Scha Alyahya.

5. Prop

Prop memberi foto anda lebih menarik. Makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Awas! Minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang dijadikan prop kerana ia boleh mengundang kontroversi untuk setiap foto yang dikongsi.

6. Edit

Pelbagai aplikasi suntingan boleh dimuat turun dan memberi kesan terbaik untuk foto OOTD anda. Jangan takut untuk cuba pelbagai teknik pada setiap gambar. Sekali-sekala mungin boleh gunakan kesan hitam putih. Tapi awas! Jika terlebih edit pun boleh mecacatkan foto anda. Jika anda suka... tidak menjadi masalah.

Jadi apa lagi, cubalah tip yang disenaraikan untuk pastikan foto OOTD anda agar benar-benar terhasil seperti yang diinginkan. Selamat mencuba!

Artikel Lain