suria

Lelaki! Tolonglah tinggalkan 10 perkara ini dalam berfesyen

Antara kesilapan fesyen yang sering dilakukan oleh kaum lelaki adalah memakai stokin dengan sandal. Foto Carian GOOGLE

KEBANYAKAN kaum lelaki kebiasaannya tidak terlalu menitikberatkan hal berkaitan fesyen dan hanya pakai apa dirasakan sesuai dan selesa.

Namun tanpa disedari pemilihan seharian mereka adakalanya sudah outdated termasuk pemilihan gaya yang salah sehingga menampakkan mereka selekeh.

Mode minggu ini nak senaraikan 10 kesalahan sering dilakukan kaum lelaki dalam berfesyen!

ARTIKEL BERKAITAN: Koleksi eksklusif Vans peringati legenda muzik David Bowie

ARTIKEL BERKAITAN: Karakter popular manga 'One Piece' kini tampil bergaya dalam bentuk kasut!

1. Pakaian besar atau terlalu kecil

Tersiksa rasanya tengok abang-abang 'sado' pakai baju T ketat sampai rasa kita yang sesak nafas. Please, no! Kalau pakai baju mengikut kesesuaian pun orang sekeliling masih boleh nampak bentuk badan awak, abang!

Begitu juga dengan segelintir yang gemar memakai saiz lebih besar. Ia bukan sahaja buat anda nampak selekeh tetapi tidak profesional terutamanya dalam persalinan pejabat.

2. Logo besar pada baju

Logo besar pada baju T anda mungkin tindakan bijak oleh pemilik jenama pakaian untuk mempromosikan produk mereka tetapi harus diingat anda bukanlah billboard bergerak - lainlah kalau anda dibayar!

Benar jenama itu melambangkan status anda, tetapi sekiranya logo itu lebih menarik perhatian daripada si pemakai, anda sendirilah yang rugi.

Cukuplah sekadar baju T atau kemeja yang mempunyai logo yang kecil tetapi paling penting pakaian itu selesa dan mengikut cita rasa anda.

3. Seluar pyjama di tempat awam

"Ala rileks la nak pergi kedai runcit je". Tidak! Alasan itu tidak diterima.

Ada sebab mengapa seluar itu dipanggil pyjama dan ia hanya untuk di dalam bilik malah ia sama sekali tidak menarik perhatian apabila dibawa ke tempat awam.

Jangan malas, bukan susah pun nak tukar seluar lebih sesuai walaupun hanya mahu keluar sebentar!

4. Pakai sandal dengan stokin

What? Mungkin anda rasa pelik tetapi ada ya lelaki yang gemar memakai sandal dengan stokin.

Alasan sandal dicipta adalah untuk keselesaan terutamanya pada cuaca panas selain memberi pengudaraan kepada kaki - pakai stokin bersama sandal nak pergi mana?

5. Baju berbentuk V

Zaman sekarang ada lelaki lebih gemar tunjuk lurah daripada orang perempuan! Ia bukan sahaja kelihatan menggelikan tetapi jelas menunjukkan anda seorang yang sukakan perhatian.

Adalah lebih baik cari baju T yang berbentuk bulat kerana ia lebih sesuai dan sedap mata memandang.

6. Tidak butang baju kemeja

Ramai lelaki secara sengaja tidak membutangkan baju kemeja mereka untuk mendapatkan 'look' kasual atau mahu tunjuk dada sasa kepada wanita.

Ada sebab mengapa kemaja itu disertakan dengan butang dan sekiranya mahu nampak kasual, gayakan saja baju T yang dipadankan dengan jaket. Kan nampak lebih kacak.

7. Tali pinggang bercorak, gerigi

Masih ada yang pakai tali pinggang studded atau bergerigi yang pernah popular sekitar 20 tahun lalu... Dah boleh jadikan ia sebagai sejarah ya wahai kaum lelaki.

Walaupun tali pinggang nampak tak penting tapi ia sebenarnya mencerminkan peribadi anda secara keseluruhan dan penggunaan tali pinggang bergerigi atau bercorak tidak membuatkan anda nampak muda. No!

Sebaiknya cari yang berwarna hitam tanpa sebarang corak - ia bukan sahaja tahan lama tetapi sesuai digayakan dengan apa juga keadaan.

8. Sembur minyak wangi berpada-pada

Minyak wangi itu benar penting dalam sebahagian penampilan tetapi penggunaan berlebihan dalam menarik perhatian boleh buat orang sekeliling 'turn off' sampai kadang-kadang rasa pening.

Ada segelintir kaum lelaki juga mengambil sikap asal boleh dalam memilih wangian sesuai untuk mereka.

Cara yang betul untuk menggunakan wangian sebenarnya ia perlu disembur pada pergelangan tangan, tengkuk dan dada dalam posisi memegang botol dalam jarak 10 inci dari badan.

9. Kasut berbentuk tajam

Buat kaum wanita, kalau teman lelaki anda masih gemar pakai kasut berbentuk tajam, sila tinggalkan dia!

Persoalannya kenapa nak pakai kasut muncung tajam? Adakah feeling pakai pump shoes? Apa kata biarkan kasut berbentuk itu dipakai hanya kaum wanita okay?

Bukan sahaja ia nampak buruk tetapi pasti rasa sakit jari kaki anda tersepit diruang sempit. Sudah masanya trend itu dihapuskan dan kembali kepada kasut berbentuk normal.

10. Skinny Jeans

Dah macam sarung nangka! Nampak bonjol-bonjolan semua, nak pulak yang berbadan besar, macam mana mereka ada keyakinan nak sarungkan skinny jeans?

Sudahlah ketat, nak berjalan atau duduk pun susah ia juga membuatkan kaki anda nampak lebih pendek dan kurang maskulin. Katakan tidak kepada skinny jeans!

fesyen, lelaki, kesalahan

Artikel Lain