suria

Jangan biarkan kardigan nampak bosan, tiru gaya selebriti antarabangsa untuk kelihatan seksi

Kendall Jenner mampu membuatkan kardigan rona ungu pucat ini nampak seksi. - Foto Lese/Backgrid

JIKA anda berasa ragu-ragu untuk mengenakan baju berlengan pendek, kardigan mampu menjadi penyelamat sebagai pelengkap gaya.

Menyelusuri trend terkini tahun 2019, terdapat ramai pula selebriti dan pelakon antarabangsa yang memperagakan kardigan dan tampak lebih seksi!

September lalu, model antarabangsa terkemuka Bella Hadid dengan selamba mengenakan hanya satu butang pada kardigan untuk membalut tubuhnya.

Tidak lama selepas itu, model peragaan yang menerima bayaran termahal pada 2018 iaitu Kendall Jenner dilihat keluar bersiar-siar dengan memakai kardigan kelabu pendek sehingga menampakkan bahagian perutnya.

Sesuai sangat untuk digayakan oleh mereka yang berani! - InStyle US

1. Bella Hadid

Nama penuh Bella Hadid ialah Isabella Khair Hadid dan merupakan seorang model dari Amerika Syarikat.

Bella merupakan anak kepada pemaju hartanah, Mohamed Hadid dan ibunya pula bekas model terkenal, Yolanda.


Bella Hadid merupakan antara selebriti terawal yang memperkenalkan gaya ini. - Foto Pierre Suu

2. Kendall Jenner

Kendall mula mencipta nama dalam program realiti Keeping Up with The Kardashians yang turut dibintangi oleh ibu bapa dan adik beradiknya yang lain.

Selebriti tinggi lampai ini kemudiannya mencipta nama sebagai model pentas peragaan ketika berusia 14 tahun pada 2009.

Kendall menjadikan kardigan sebagai gaya kasual. - Foto Mega

3. Laura Harrier

Laura merupakan seorang pelakon dan model dari Amerika Syarikat yang mula menempa nama setelah muncul dalam filem Spider-Man: Homecoming pada 2017.


Tiru sahaja gaya Laura memadankan kardigan kuning dengan skirt rona hijau. - Foto Amy Sussman

4. Kristen Stewart

Kristen memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada 1999 dan semakin dikenali selepas membintangi filem Panic Room.

Watak sebagai Bella Swan yang dibawanya dalam beberapa siri filem Twilight membantu melonjakkan lagi nama aktres ini. 


Kristen tampil lebih berani apabila dia hanya mengenakan kardigan pada acara karpet merah. - Foto Dia Dipasupil/WireImage

5. Olivia Palermo

Olivia merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menyertai program realiti TV, The City pada 2008 dan 2010.

Pada 2009, Olivia menandatangani kontrak dengan agensi Wilhelmina International Inc. untuk menumpukan sepenuh masa terhadap pembinaan jenamanya.


Kardigan jingga terang membuatkan gaya Olivia lebih menyerlah. - Foto Getty Images

kardigan, seksi

Artikel Lain