suria

Jangan 'tangkap muat' pilih bedak asas! Ketahui 5 perkara untuk solekan kekal berseri

Dr Mukhlis mengenakan bedak asas ke atas wajah penulis ketika melakukan demonstrasi solekan di pejabatnya baru-baru ini.

SETIAP individu memiliki tona dan warna kulit yang berbeza, maka penggunaan bedak asas boleh dianggap sebagai penyelamat bagi menyembunyikan ketidaksempurnaan pada kulit wajah seseorang.

Namun, jangan salah pilih bedak asas kerana silap hari bulan, rupa paras anda nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Jadi, bagaimanakah anda ingin memastikan bedak asas yang dipilih sesuai dengan kulit?

Dr Mukhlis merupakan bekas doktor perubatan yang kini bergelar jurusolek sepenuh masa.

Jurusolek popular, Dr Mukhlis Idris berkongsi tip memilih bedak asas buat pembaca mStar.

"Kulit kita ni ada tiga jenis bayang warna (undertone) iaitu warm, cool dan neutral.

"Untuk memilih bedak asas, anda haruslah mencalit bedak itu di rahang dan pilih warna yang paling mirip dengan tona kulit anda," katanya.


Dari kiri: Jessica Alba, Nicole Kidman dan Jessica Biel sebagai contoh bayang warna kulit mereka. - Foto Agensi

Berikut adalah tip lain yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli bedak asas:

1. Bedak asas cerah untuk kulit berminyak

Kata Dr Mukhlis, mereka yang memiliki kulit berminyak, gunakan bedak asas yang cerah sedikit kerana ia akan membuatkan kulit teroksida.

Menurut jenama penjagaan wajah, Paula's Choice dari Amerika Syarikat pula, bedak asas teroksida membuatkan warna bedak tersebut berubah warna ketika dipakai, namun pengoksidaan sebenarnya tidak berlaku terlalu cepat.

Ia juga boleh terjadi jika bedak asas disimpan di dalam botol lebih dari enam bulan selepas ia dibuka.

2. Bedak asas yang menghidratkan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan bedak asas yang boleh menghidratkan kulit wajah anda.

Jenama penjagaan anti-penuaan wajah, Perricone MD menggariskan kulit terhidrat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan pada wajah dan kulit yang terlalu kering akan kelihatan mengelupas serta ketat.

Jadi, bedak asas yang menghidratkan akan membuatkan kulit wajah sentiasa lembap dan nampak lebih lembut, berseri serta gebu.

Contoh bedak asas jenis serbuk . - Foto Allure

3. Jenis bedak asas mengikut keadaan kulit

Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pilih bedak asas jenis serbuk, manakala bagi mereka yang berkulit kering pula boleh menggunakan bedak asas jenis cecair atau krim.

Penggunaan pelembap dapat menambah seri pada solekan anda!

4. Gunakan pelembap

Tambah pelembap (moisturiser) kepada rejim kecantikan anda bagi mendapatkan liputan bedak asas yang sepenuhnya.

5. Ikut tertib

Sebelum mula mengenakan solekan pada wajah, pastikan anda mengikut turutan yang betul.

Gunakan bahan asas solekan daripada cecair dan diikuti dengan krim sebelum meletakkan bedak sebagai penyudah mekap.

Artikel Lain