suria

Jejaka berwajah ‘jambu’ boleh tiru 6 gaya artis K-Pop ini untuk pikat wanita

Gaya BTS sering menjadi ikutan peminat muzik K-Pop. - Men's Folio

JIKA anda ingin tahu tentang gaya terkini yang trending dalam senario K-beauty (kecantikan Korea), anda tidak perlu susah-susah untuk beli tiket terbang ke Seoul.

Sejak K-Pop memainkan peranan penting dalam budaya Korea Selatan, video muzik mereka juga mempunyai banyak mesej kecantikan yang boleh dijadikan rujukan si pencinta fesyen.

Fashion Magazine berkongsi tujuh perkara yang anda boleh tiru untuk kelihatan sebagai salah seorang bintang K-Pop.

ARTIKEL BERKAITAN: Blackpink cipta sejarah, K-Pop wanita pertama buat persembahan di Coachella

1. Tukar warna rambut sebelum membuat pengumuman besar.

2. Kalau anda belum bersedia mewarnakan rambut dengan warna bukan semula jadi, lunturkan kepada warna blonde adalah permulaan yang selamat.

3. Jika solekan mata smokey agak over untuk digayakan setiap hari, cuba tona warna burgundy untuk nampak lebih subdued.

4. Gunakan kreativiti menghias wajah dengan glitter yang ada dalam kotak kraf anda untuk menyerlahkan lagi solekan pada pembayang mata.

5. Style rambut bentuk hati ala Sailor Moon bukan sahaja membuatkan lelaki nampak lebih tampan, malahan sesuai buat si jejaka yang mahu tampil 'jambu'.

6. Artis lelaki Korea membuktikan kening yang lurus dan tebal adalah satu-satunya gaya yang sesuai untuk nampak maskulin!

Jangan ingat fesyen gadis sahaja yang boleh diinspirasikan daripada selebriti Korea.

Jika anda lelaki yang suka bereksperimentasi dengan penampilan, tiada salahnya untuk mencuba tip-tip ini.

K-Pop, fesyen

Artikel Lain