suria

Tudung ‘pinless’ untuk yang mahu semuanya cepat, zasss... seminit dah siap!

Key Opinion Leaders (KOLs) Bokitta (dari kiri) Hanna Faresha, Adira Salahudi, Sharifah Rose Sabrina dan pelakon Lisdawati. -foto Penganjur

ZAMAN sekarang semua orang nak bersiap cepat. Pakai tudung pun kalau boleh mahu yang boleh sambar dan terus terletak di kepala.

Lebih-lebih lagi kalau sudah terlambat untuk ke tempat kerja atau perlu hadir ke perjumpaan penting.

Bagi wanita yang tidak sempat untuk mengenakan hijab dalam tempoh yang singkat, jangan risau kerana tudung segera Bokitta mungkin boleh jadi penyelamat anda.

Tanpa menggunakan pin (pinless) dan hanya perlu sarung ke kepala, penampilan anda lengkap dalam masa beberapa saat sahaja.

Jika sebelum ia popular dengan rekaan tudung segera bercorak flora yang penuh warna-warni, kini ia tampil dengan koleksi hijab berjurai (ripples) dengan warna-warna asas untuk dipadankan dengan pelbagai jenis penampilan dan acara.

Jurugaya tudung selebriti, Didiyana Ehsan (tengah) membuat tutorial penggayaan koleksi tudung Taj ke atas dua model wanita.

Haa... jangan tak tahu yang pemilihan warna untuk koleksi baharu yang dipanggil 'Taj' ini dibuat berdasarkan warna-warna yang digemari oleh pelanggan setia jenama ini sendiri.

Pengarah Urusan Bokitta Alamanda, Datin Ayu Roslan berkata, koleksi Taj tersebut dikeluarkan selepas menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun untuk pasaran Malaysia.

"Kebanyakan rekaan terdahulu kelihatan seperti ada pengaruh Arab, jadi koleksi Taj ini adalah gaya dan fabrik jenis krep yang disukai oleh orang kita.

"Pemilihan enam warna ini adalah koleksi Taj yang pertama dan kami akan tampil dengan pilihan warna lebih menarik tidak lama lagi," katanya pada majlis pelancaran koleksi Taj dan pembukaan kedai konsep Bokitta yang baharu di Alamanda, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, koleksi tersebut dinamakan Taj selepas diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud 'mahkota'.

Kebanyakan rekaan terdahulu kelihatan seperti ada pengaruh Arab, jadi koleksi Taj ini adalah gaya dan fabrik jenis krep yang disukai oleh orang kita.

AYU ROSLAN

Pengarah Urusan Bokitta Alamanda

Koleksi Taj tampil datang dengan enam warna asas seperti hitam, kelabu, coklat, ungu, merah jambu dan light pink.

Setiap warna ini hadir dengan dua jenis saiz iaitu Taj untuk ukuran normal, manakala Taj Maxi pula untuk mereka yang gemarkan hijab lebih labuh dan panjang.

"Dulu, ramai yang pakai Bokitta ini daripada kalangan mereka yang bekerjaya dan ibu-ibu sebab tudung kami fuss-free.

"Kini, kami ingin mengembangkan lagi pasaran supaya orang muda pun boleh pakai dan nak tahu apa yang mereka suka," kata Ayu.

Harga yang ditawarkan adalah RM109 untuk Taj dan RM119 pula bagi Taj Maxi.

Enam pilihan warna diperkenalkan bagi koleksi pertama Taj.

Dengan koleksi terbaharu ini, ia bukan sahaja sesuai digayakan oleh golongan wanita bekerjaya malahan sepadan untuk gadis yang sentiasa aktif dengan aktiviti harian, tetapi dalam masa sama masih mahu kelihatan segar dan trendy.

Kepada golongan wanita di luar sana, jangan tunggu lama-lama kerana koleksi Taj ini sangat terhad.

Bokitta, Taj, Taj Maxi, tudung

Artikel Lain