BEBERAPA tahun kebelakangan ini, bagaikan trend apabila ada dalam kalangan masyarakat dunia menerima penampilan wanita yang membiarkan bulu badan tumbuh di tubuh, malahan keterbukaan itu makin meningkat. Bintang seperti Paris Jackson dan Cara Delevingne antara yang terawal melancarkan kempen supaya wanita berbangga menunjukkan bulu badan mereka di acara-acara karpet merah dan menerusi filem. Walaupun kempen itu sering disambut baik di negara barat, malangnya gambar seorang penyanyi Nigeria-Amerika Annahstasia yang menjadi model iklan Nike Women baru-baru ini telah menjadi perdebatan hangat. Dalam iklan tersebut, Annahstasia menunjukkan tangannya diangkat ke atas kepala sehingga menampakkan bulu ketiaknya berserta deskripsi big mood. Seorang penyokong gerakan kewanitaan, Destiny Moreno mewarnakan bulu ketiaknya kepada warna biru. - The New York Times Walaupun ramai yang memuji gambar iklan tersebut, masih ada pengguna yang tidak bersetuju dengan kempen berkenaan. "Tidak dude, ini bukan kebebasan atau sejenis kempen 'saya sayang tubuh saya', ini adalah benda merepek. "Cukurlah bulu ketiak itu," menurut komen tersebut yang mendapat 1,500 tanda suka. Rata-rata masyarakat tidak bersetuju dengan imej berkenaan dan ia mencetuskan kontroversi di ruangan komen Instagram Nike Women. - Allure