suria

Karakter comel 'Kakao Friends' hiasi koleksi terbaharu Vans

Comelnya koleksi terbaharu Vans dan pelukis terkenal Korea Selatan, Hyunye.

BARU sahaja melancarkan koleksi legasi penyanyi legenda David Bowie, Vans nampaknya tidak tunggu lama untuk membuat peminat jenama kasut terkenal itu kembali teruja!

Kali ini Vans berkolaborasi dengan seorang pelukis terkenal dari Korea Selatan iaitu Hyunye bagi menghasilkan koleksi berdasarkan kartun dalam talian popular di negara budaya K-pop itu, Kakao Friends.

ARTIKEL BERKAITAN: Koleksi eksklusif Vans peringati legenda muzik David Bowie

Dengan kreativiti Hyunye sebagai seorang artis terkenal, beliau menukar karakter-karakter daripada kartun itu di atas kanvas beberapa model kasut Vans seperti Old Skools, High Tops, The Era dan Slip On memberikan ia gaya tersendiri dan unik.

Warna yang terang dengan karakter Kakao Friends membuatkan koleksi terbaharu Vans menarik.

Seperti mana K-pop yang penuh warna-warni, menerusi koleksi terkini ini jelas menggambarkan kemeriahan budaya itu apabila Hyunye menggunakan warna terang seperti jingga dan ungu.

Hyunye dalam kenyataan tentang koleksi itu memberitahu dia membayangkan karakter dalam Kakao Friends  yang wujud di sebuah dunia lain sebagai inspirasi kolaborasi itu.

Malah setiap karakter itu dilukis menggunakan tangan sekaligus dapat memberi sentuhan peribadi kepada setiap rekaan koleksi itu.

"Koleksi ini sangat bebas, tiada sekatan dan jauh daripada sempurna. Itu yang ingin saya gambarkan," katanya. - TREND HUNTER

Vans, Kakao Friends

Artikel Lain