suria

Raikan ulang tahun ke-30 'Little Mermaid', Disney perkenal produk kecantikan inspirasi watak Ariel

The Little Mermaid: Power of the Sea dilancarkan bersempena sambutan ke-30 tahun filem itu.

KINI Little Mermaid akhirnya menjadi seorang gadis yang mempunyai segala-galanya selepas Disney mengumumkan produk kecantikan sinonim jenama terkenal itu.

Ariel yang juga watak utama Little Mermaid menjadi subjek utama produk kecantikan yang diberi nama The Little Mermaid: Power of the Sea dan ia hasil kolaborasi bersama produk keluaran Thailand, Cosmetics Ustar.

ARTIKEL BERKAITAN: Karakter comel 'Kakao Friends' hiasi koleksi terbaharu Vans

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Cumi-Cumi Shawl, Bawal Bae buat sesiapa sahaja tampil bergaya bak Nabila Razali di pagi Syawal


Filem Little Mermaid menyambut ulangtahun ke-30 selepas ia kali pertama ditayangkan pada 1989.

Buat permulaan mereka melancarkan dua jenis bedak kompak, dua palet pipi dan mata serta dua warna gincu dan pembayang mata yang mewakili ilustrasi Ariel.

Bagaimanapun koleksi itu hanya dilancarkan secara eksklusif di Thailand bersempena ulangtahun ke-30 filem Little Mermaid yang pertama kali ditayangkan pada 1989.

Produk kecantikan terkenal MAC juga dijangka melancarkan produk sama bertemakan filem Aladdin selain jenama Korea Selatan, Innisfree bekerjasama dengan Disney menerusi rangkaian produk dibawah Toy Story pada Januari lalu.

Disney, Little Mermaid, Ariel

Artikel Lain