SIAPA sangka cekak kepala kembali menjadi trend selepas lebih 10 tahun ia dilupakan. Ketika populariti drama rantaian Gossip Girl berada di puncak, watak remaja sekolah Blair Waldorf yang sering mengenakan cekak kepala dianggap satu fesyen ikutan seluruh dunia. Kini, cekak kepala dipopularkan semula oleh Miuccia Prada pada pertunjukan fesyen Musim Bunga Prada 2019. ARTIKEL BERKAITAN: Baru pakai sekali? Jangan peram dalam almari, 'preloved' sahaja baju raya anda seperti dilakukan wanita ini Setiap gaya 1960-an yang dibawa ke pentas peragaan itu disempurnakan dengan cekak kepala satin yang tebal dan berkilauan. Pengasas jenama pakaian, Camila turut tidak ketinggalan untuk mempopularkan gaya cekak kepala tebal ini. - Instagram @camilacoelho Sejak akhir-akhir ini, ramai yang mula menggayakan cekak kepala tebal itu di laman Instagram sebagai aksesori tambahan. Kate Middleton merupakan antara yang terawal menggayakan cekak kepala seumpama itu pada November 2018 ketika menghadiri sambutan 100 tahun Perjanjian Gencatan Senjata di Westminster Abbey. Cekak kepala hitam yang dibalut kain baldu itu sangat tebal dan tinggi serta kelihatan seperti sebuah tiara. Cekak kepala rona hitam menjadi pelenggap gaya Kate. - Getty Images Selain kerabat diraja seperti Kate, fenomena gaya cekak kepala tebal itu telah menjadi aksesori wajib beberapa influencer terkenal seperti Camila Coelho, Leonie Hanne dan Chiara Ferragni. Gaya tersebut sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan stailo tanpa mahu kelihatan terlalu mencuba atau overdo. Harga sepasang cekak kepala yang dijual bergantung kepada jenama dan kualitinya. - Elle Harga bagi setiap cekak kepala tebal ini adalah bergantung kepada jenama dan kualitinya. Berdasarkan cadangan oleh Majalah Elle, cekak kepala tersebut dijual pada harga serendah RM16.50 hingga RM1,135 sepasang.