suria

Cukur bulu ketiak pun ada cara dan aturannya... jom semak!

Mencukur bulu ketiak perlu dilakukan dengan betul bagi mengelakkan kecederaan atau keradangan. -foto Hello Sehat

BULU-bulu halus atau kasar yang tumbuh di ketiak sememangnya mengganggu penampilan.

Keinginan untuk memakai baju tanpa lengan, khususnya bagi wanita pasti terhalang kerana bimbang dipandang semacam oleh orang sekeliling.

Namun, menghilangkan bulu pada ketiak sebenarnya mempunyai langkah tertentu agar bahagian tersebut tidak cedera atau gatal.

Sebenarnya, cara yang paling mudah dan selamat untuk menghilangkan bulu ketiak adalah dengan melakukan waxing.

Tetapi kaedah itu memerlukan waktu dan kos yang lebih banyak berbanding mencukurnya sendiri.

Jom semak bagaimana cara mencukur bulu ketiak dengan betul!

1. Pisau cukur yang betul

Pertama sekali, anda pasti perlukan alat bercukur kan? Tetapi, jangan asal boleh saja. Pemilihan pisau cukur yang sesuai dengan kulit dan ketiak akan memberikan kesan lebih positif. Belilah pencukur yang tajam, bukan untuk sekali guna.

Biasanya, pisau cukur pakai buang hanya memiliki satu atau dua lapisan pisau dan tidak menyediakan gel. Ini akan membuatkan anda menekan ketiak hingga kulit terhiris atau terkelupas. Jika nak beli pisau cukur elektrik pun tiada masalah!

2. Tetapkan masa bercukur

Jika anda bercukur dalam keadaan terburu-buru, risiko untuk kulit luka sudah tentu ada. Selain itu, pakar dermatologi menyarankan agar bulu ketiak dicukur pada malam hari.

Pada waktu malam, kulit akan mengalami proses penyembuhan luka yang mungkin berlaku ketika bercukur. Jika anda tetap bercukur sebelum keluar rumah, kemungkinan besar ketiak akan gatal dan membuatkan anda tidak selesa akibat berpeluh.

Cuba usahakan untuk bercukur sebelum selesai mandi. Cara ini dapat membuatkan kulit anda terhidrasi dengan baik.

3. Bersihkan ketiak

Sebelum mencukur bulu ketiak dengan pisau cukur, cuba untuk eksfoliasi kulit terlebih dahulu. Ini perlu dilakukan untuk menghilangkan bakteria, debu, dan peluh yang ada pada ketiak. Anda boleh menggunakan penggosok atau scrub mandi untuk menggosok ketiak anda. Ingat, jangan gosok terlalu kuat atau kasar bimbang kulit akan membengkak atau berlaku keradangan.

4. Guna krim atau gel cukur

Anda pasti tahu sama ada kulit ketiak anda sensitif atau tidak. Justeru, pelembab seperti shaving cream dan shaving gel sangatlah penting.

Ini perlu dilakukan agar kulit ketiak tidak kering dan lembab ketika dicukur. Kedua-dua pelembap tersebut juga membantu mengurangkan tekanan yang harus anda berikan ketika mencukur bulu.

5. Pisau cukur ke arah yang betul


Mencukur bulu ketiak tidak sama dengan mencukur bulu kaki. -foto Hello Sehat

Bulu pada ketiak kita tumbuh berbagai arah, tidak seperti bulu kaki. Jadi, cara mencukur bulu ketiak berbeza dengan kaki.

Pertama sekali, angkat lengan anda. Kemudian, cukurlah bulu ketiak ke pelbagai arah. Mulakan dari atas, bawah, kanan dan kiri.

6. Guna 'after shave' untuk lelaki

Setelah proses mencukur bulu ketiak selesai, bilas dengan air bersih dan lap dengan tuala bersih. Bagi kaum lelaki, biasanya mereka menggunakan after shave selepas bercukur.

Ini bertujuan mengurangkan risiko terjadinya keradangan dan benjolan kecil berwarna merah pada ketiak. 'After shave' memang biasa digunakan setelah bercukur, terutama untuk lelaki.

7. Gunakan deodoran

Sentuhan terakhir setelah bercukur adalah menggunakan deodoran. Selain melembabkan kulit, deodoran juga dapat menghilangkan bau dan mencegah ketiak daripada basah. Cuba pakai pakaian yang longgar selepas bercukur untuk mencegah iritasi dan kulit kemerahan. -Hello Sehat

bulu ketiak, cukur, pisau cukur, tip

Artikel Lain