suria

Bos Levi’s dedah 10 tahun tak basuh jeans miliknya, anda bagaimana?

Ketua Pegawai Eksekutif Levi’s, Chip Bergh mendedahkan dalam tempoh 10 tahun dia telah memakai beberapa jeans kegemarannya yang tidak pernah berada dalam mesin basuh.

SEKIRANYA anda merancang untuk mencampakkan jeans kegemaran ke dalam mesin basuh, apa kata tangguhkan dulu hasrat itu kerana tak mustahil ia akan menjadi satu kesilapan besar.

Ini kerana, menurut orang paling besar dalam gergasi pengeluaran denim, Levi’s, anda tidak perlu mencuci jeans kerana ia akan merosakkan materialnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Levi’s, Chip Bergh menjadi tajuk berita lima tahun lalu apabila membuat pendedahan mengejutkan kerana dalam tempoh 10 tahun dia memakai beberapa jeans kegemarannya dan tidak pernah mencucinya menggunakan mesin basuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut! Pijak kemudian simpan dalam peti sejuk beku antara tip jaga jeans

Sebaliknya dia hanya membersihkan tempat tertentu jika terdapat kesan kotoran atau untuk senario terburuk, ia akan dibasuh dengan tangan bagi mendapatkan bau lebih segar.

Kini dia kembali lagi dan dalam satu kenyataan kepada CNN, apabila menyatakan mengenai betapa pentingnya untuk berhenti membasuh seluar jeans anda!

Seluar jeans tidak boleh dicuci menggunakan mesin basuh.

Bergh berkata: "Jika anda bercakap dengan penggemar denim sebenar, mereka semua akan bersetuju untuk tidak mencuci seluar jeans anda dalam mesin basuh.

”Saya membersihkan bahagian tertentu jeans saya apabila perlu. Paling teruk, saya akan cuci dengan tangan dan saya melakukannya sendiri, maksudkan saya… saya sayang jeans saya dan menjaganya."

Ini menimbulkan kebimbangan mengenai jumlah kuman yang terkumpul pada sepasang seluar jeans yang tidak dibasuh dengan betul dalam tempoh lebih dari satu dekad.

Menurut Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama pembersihan bukan toksik Branch Basics, Kelly Love, ini tidak menjadi masalah.

Dia berkata, dengan hanya meletakkan seluar di bawah sinar matahari dan diudarakan ia sudah memadai.

Jeans yang disidai dalam posisi terbalik boleh mengelakkan ia mengembang.

”Sudah tentu ia bergantung kepada di mana anda pakai seluar jeans itu dan kotoran apa, tetapi pemakaian normal tidak akan menimbulkan ancaman kesihatan dan anda tak perlu takut.

”Menjemurnya di luar, di bawah sinar matahari selama beberapa hari, secara idealnya sehingga tidak ada bau sebenarnya lebih baik daripada membasuh untuk memecahkan sebatian organik yang tidak menentu.

”Cara ini juga lebih baik untuk alam sekitar, memelihara air dan tenaga, dan sebenarnya, amalan yang baik untuk semua pakaian kerana ia mengurangkan jumlah pembersihan yang diperlukan untuk menghilangkan sisa kimia," katanya.

Bercakap kepada Well and Good, penulis dan ahli mikrobiologi Jason Tetro, berkata: "Ia akan berhasil, tetapi anda memerlukan air dan suhunya harus berada di bawah -18 darjah Celsius.

”Jika anda berbuat demikian, maka ada peluang yang baik untuk membunuh 90 peratus daripada pepijat, yang bermaksud kira-kira 10 peratus akan bertahan.” -Ladbible

Levi's, Jean

Artikel Lain